Riadhah Untuk Semua

Riadhah Untuk Semua

Program Makan Buah T.E.M

Program Makan Buah T.E.M

Tazkirah Padang

Tazkirah Padang

Ziarah Mesra PPUM

Ziarah Mesra PPUM

T.E.M : "Sedikit Penjelasan buat Semua"

Thursday, April 16, 2009


Assalamualaikum saya ucapkan pada semua sahabat-sahabat pencinta agama Allah s.w.t...


Pertamanya saya bersyukur pada Allah s.w.t kerana dengan rahmatNya masih lagi memberikan kita segala nikmatNya kepada kita semua.Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w dan juga para sahabat Baginda yang telah banyak berkorban demi agama Allah s.w.t.

T.E.M atau nama penuhnya Team Elit Muslim merupakan satu organisasi di bawah Exco Dakwah & Hubungan Antara Kaum PMIUM yang diketui oleh saya sendiri Mohd Zul Amirul Izwan b.Mat Derasih selaku Exco PMIUM.

Penubuhan T.E.M ini adalah tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mengoptimumkan gerakan islah dan dakwah di kampus perdana ini.Keahlian adalah di buka kepada semua mahasiswa yang berminat baik mahasiswa yang tinggal di dalam kolej kediaman mahupun luar kampus bagi membantu gerakan islah dan dakwah ini.

Penubuhan T.E.M ini adalah sah kerana PMIUM adalah satu badan persatuan yang berdaftar di Universiti Malaya.Untuk makluman sahabat-sahabat yang dirahmati lagi dikasihi Allah s.w.t saya telah menyiapkan KKD dan juga surat bagi mengambil Naib Canselor sebagai penaung T.E.M ini sendiri.

Saya berharap sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan penubuhan T.E.M agar berbincang secara profesional dengan pimpinan PMIUM sendiri bagi mendapat penyelesaian yang terbaik.Kita tidak mahu berlaku perpecahan atau salah faham kerana niat yang ingin kita laksanakan ini adalah satu perkara yang cukup baik untuk semua.Bahkan T.E.M ini sendiri ditubuhkan adalah bertujuan untuk menyatukan seluruh mahasiswa itu sendiri.

Saya selaku Ketua T.E.M memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang telah saya lakukan.InsyaAllah kita akan membuat perbincangan secara intelek dan profesional dengan pihak-pihak tertentu bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul.Di bawah ini saya sertakan surat untuk diserahkan pada NC.

Semoga dengan niat yang baik ini dipimpin oleh Allah s.w.t.


_______________________________________________________________________



Tarikh : 13/04/2009

Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Gauth Jasmon.

Naib Canselor,

Universiti Malaya,

50603 Kuala Lumpur.

Ybhg Datuk,

PERLANTIKAN SEBAGAI PENAUNG TEAM ELIT MUSLIM (TEM)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya yakin bahawa organisasi ini mampu memberi sumbangan yang berkesan kepada usaha menyemarakkan agenda dakwah di seluruh Universiti Malaya khususnya dan seluruh Malaysia amnya. Walaubagaimana pun, kegiatan organisasi ini perlu dipimpin, dibimbing dan dipandu, manakala kebajikan serta keselamatan mahasiswa-mahasiswa yang menganggotainya perlu diselia, diselenggara dan dikawal.

3. Sehubungan dengan itu, maka saya dengan sukacita dan dan bangga ingin melantik Ybhg Datuk menjadi penaung bagi organisasi Team Elit Muslim
(TEM) berkuatkuasa mulai pada tarikh surat ini.

4. Dengan perlantikan ini, bermakna Ybhg Datuk secara rasmi bertanggungjawab atas perjalanan dan kegiatan Team Elit Muslim (TEM) dan berkuasa menasihati, menegur dan mengarahkan ahli jawatankuasa organisasi dan semua ahli TEM demi memastikan Team Elit Muslim ini tidak terkeluar dari tujuan dan matlamat penubuhannya. Ybhg Datuk juga secara rasminya bertanggungjawab memastikan setiap aktiviti Team Elit Muslim ini mematuhi sepenuhnya peraturan, syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh Universiti, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kerajaan Malaysia.

5. Kesediaan dan kesanggupan Ybhg Datuk menerima perlantikan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.Segala kerjasama dan pertimbangan pihak Ybhg Datuk amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“Menerajui Gerakan Mahasiswa Ke Arah Pembentukan Ummah Yang Terbaik”

Yang benar,

……………………………………………..

(MOHD ZUL AMIRUL IZWAN MAT DERASIH)

Ketua Team Elit Muslim,

Exco Dakwah dan Perhubungan Antara Kaum,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya,

50603 Kuala Lumpur.

s.k : Fail projek


0 comments:

Post a Comment