Ucapan Salam


AKTIVITI TEM : MAHAR'09

JOM RAMAI-RAMAI IKUT SERTA


KURSUS PRA-PERKAHWINAN


ANJURAN BALAI ISLAM KOLEJ KEDIAMAN PERTAMA


TARIKH : 24 & 25 OKTOBER 2009

TEMPAT : KOLEJ KEDIAMAN PERTAMA

MASA : 8 pagi - 5 petang

BAYARAN : RM 65 tunai

SIJIL MENGIKUTI KURSUS DIIKTIRAF JAKIM & SAH TANPA HAD TEMPOH

SEBARANG PENYERTAAN ATAU PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI

Zul Amirul - 013-3196286


TEM : Salam Syawal



Ramadhan akhirnya menutup tirai, Syawal pula yang tiba.

SALAM AIDILFITRI!
buat ahli Team Elit Muslim dan PMIUM.


Semoga Ramadhan yang pergi lebih baik dari yang sebelumnya dan syawal yang tiba menjadi suatu kemenangan yang nyata buat kita di sisi Allah swt.


"Mencapai taqwa di sisiNYA"

PERKIM : Interactive Dakwah Training


INTERACTIVE DAKWAH TRAINING
anjuran Perkim Ampang


Masa :
8.30 am - 5.30 pm


Tarikh :
17 Oktober - 18 Oktober 09


Tempat :
Masjid Bukit Indah



Bayaran penyertaan : RM 120


MAKANAN & MINUMAN, QURAN, BIBLE, QURAN & SAINS SERTA "MUHAMMAD IN THE BIBLE" TURUT DISEDIAKAN!

jom sertai!!!

T.E.M--PMA : "KEMPEN TAUBAT MENDAPAT SAMBUTAN"

Assalamualaikum dan salam ramadhan pada rakan-rakan mahasiswa yang dirahmati dan dikasihi Allah s.w.t sekalian..

Alhamdulillah bersyukur pada Allah s.w.t di atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita semua..Bersyukur juga kepadaNya kerana memberikan kita peluang untuk beribadah di bulan ramadhan yang penuh dengan rahmat ini.Semoga ramadhan kali ini mampu untuk kita sama-sama mencapai nilai ketaqwaan di sisi Allah s.w.t sebagai firmanNya di dalam surah al-Baqarah ayat ke-183 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu BERTAQWA"


Sempena bulan ramadhan pada kali ini,Team Elit Muslim dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam(PMAPIUM) telah mengadakan KEMPEN TAUBAT sepanjang minggu terakhir bulan ramadhan.Kempen ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengajar seluruh mahasiswa muslim terutamanya untuk mengambil peluang di bulan ini dengan membersihkan diri dari segala kotoran dosa dan maksiat dengan bertaubat kepada Allah s.w.t.

Selain itu,kempen ini juga bertujuan untuk memberikan kededaran kepada seluruh mahasiswa tentang kepentingan dan kewajipan bertaubat pada Allah s.w.t agar kita akan mendapat hati yang bersih sekaligus berusaha untuk mendapat jiwa yang benar0benar bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan bagi menjayakan kempen ini.Antaranya ialah Tazkirah Corner,Ceramah Perdana,Flies Tazkirah,Banner Tazkirah berkaitan Taubat dan banyak lagi bentuk-bentuk aktiviti yang lebih kepada turun kepada mahasiswa.

Semoga kempen yang dilaksanakan ini mampu memberikan kesedaran kepada semua dab semoga kita akan berkekalan berada dalam naungan rahmat Allah s.w.t dan sekaligus mendapat kemenangan Jiwa Taqwa di penghujung ramadhan nanti..



"wakil mahasiswi yang bertemakan..Caring,Sharing & Loving(CSL) Sdri.Zuriani menyampaikan tazkirah corner"


"Pengerusi T.E.M PMIUM,Dr.Zul setia menjadi pembuka dan penutup bicara Tazkirah Corner"


"Tidak kira bangsa ataupun agama,ceria mendengar Tazkirah Corner"




"Sdr.Abdul Qayyum bersemangat memberikan tazkirah yang bertajuk 'Menghidupkan lailatul Jaizah(mlm raya)'".


"Berhenti seketika mendengar tazkirah corner yang cukup ringkas dan menarik..Kami sokong T.E.M"

ISTIMEWA AHLI TEM!

Salam Muhasabah di bulan barakah, Ramadhan al-Mubarak. Alhamdulillah 2 minggu Ramadhan berlalu dan TEM masih subur di bumi kampus sehingga ke hari ini. Seiring dengan tema IHYA RAMADHAN anjuran MPMUM, IKRAM'09 yang mendapat kerjasama dari persatuan-persatuan dan balai Islam di Universiti Malaya,

"Ke Arah Pembentukan Mahasiswa Muttaqin..".

TEM PMIUM pada hari ini turut sama mengambil peranan ke arah gelombang dakwah di Uni. Malaya. Sehingga ke hari ini, TEM terus bergerak dengan memberi kerjasama penuh kepada gerak kerja penyuburan dakwah di kampus seperti:

  • Kuliyah Maghrib di Kolej-kolej kediaman
  • Munajat dan Qiyamullail
  • Ziarah mesra
  • Bengkel-bengkel kepimpinan
Demi mengimarah Ramadhan pada kali ini, TEM mula menggerakkan:
  • Tazkirah Jumaat Corner . ISTIMEWA RAMADHAN [setiap Jumaat]
  • Qiyamullail dan Munajat . [setiap jumaat malam sabtu]
  • Edaran Taqwim TEM
Teruskan bersama kami, TEAM ELIT MUSLIM!

TEM : Tazkirah Jumaat Coner & MUNAJAT'09

ISTIMEWA TEAM ELIT MUSLIM!


TAZKIRAH JUMAAT CONER
oleh : Presiden Persatuan Mahasiswa Kelantan UM

Masa:
11.30 tgh hari

Hari:
Jumaat (7 Ogos 09)

Tempat:
Dataran Perpustakaan Utama

______________________


MUNAJAT'09

QIYAMULLAIL
bersama solat hajat mohon kesejahteraan
Munajat & Taujihat
Subuh Berjemaah
Kuliyah Subuh

Masa:
4.00 pg - 7.00 pg

Hari:
Jumaat (malam sabtu)
7 Ogos 09 (8 ogos pg)

Tempat:
Dataran DTC


"JALAN MENUJU ILAHI..."

- unit Tarbiyah T.E.M -

TEM : KINI KEMBALI


"RIADAH UNTUK SEMUA (RUS)"


22/07/09(RABU)

5.30ptg - 6.30ptg


TASIK VARSITI


PELBAGAI AKTIVITI RIADAH MENARIK: FUTSAL,SEPAK TAKRAW BULATAN,SENAMAN DLL.... PENAMPILAN WAKIL MPMUM UNTUK "TAZKIRAH PADANG"
____________________________________________________________________

AKTIVITI BERBUKA PUASA @ SOLAT MAGHRIB & ISYAK BERJEMAAH @ KULIAH MAGHRIB DI PADANG..

23/07/09(KHAMIS)

6.30ptg - 9.00mlm

TEMPAT : PADANG BERHADAPAN DENGAN FAKULTI KEJURUTERAAN


p/s : Air minuman sahaja disediakan...
____________________________________________________________________

TAZKIRAH JUMAAT CORNER

24/07/09(JUMAAT)

11.30pagi

TEMPAT : DATARAN SAINS,FAKULTI SAINS



"Semua MAHASISWA & MAHASISWI Universiti Malaya & kampus-kampus sekitar dijemput datang beramai-ramai bagi MENJAYAKAN aktiviti-aktiviti T.E.M ini....Semoga aktiviti yang dilaksanakan ini mampu MENGERATKAN lagi hubungan dikalangan kita semua"

Kem Smart Solat'09

5hb July 09 (Ahad) - Kem Smart Solat'09 telah berjaya diadakan di Masjid UIA Petaling Jaya dengan kerjasama Sahabat PPUM, Team Elit Muslim PMIUM, dan PMAPIUM dengan tajaan Majlis Agama Islam Selangor, MAIS. Kem ini telah dihadiri kira-kira 60 orang peserta di kalangan kanak-kanak berumur lingkungan 7-15 tahun. Kami di pihak Team Elit Muslim mengucapkan ribuan terima kasih kepada adhoc-adhoc terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang program dijalankan!






Young Muslim Project : Knowledge & Arts tour'09



Knowledge & Arts Tour'09

5July - 15July 2009


http://www.young-muslims-project.blogspot.com/

Join dynamic local & international speakers Suhaib Webb (USA), Abdul Raheem Greean (UK), 'Urban Spiritual' artist Mohammed Ali (UK) for 10 days of sacred knowledge & street art that will blow your mind & feed your soul!

Sertai kami di Universiti Malaya....

Pada

10 Julai 2009 (JUMAAT)

"NOW WHAT WE'VE FOUND ISLAM WHAT WE GOING TO DO WITH IT?"
by Abdur Raheem Green, Suhaib Webb, Shah Kirit, Hussein Yee.

8.00 mlm - 10.30 mlm
Dewan Kuliah Utama, APIUM



12 Julai 2009
"YOUTH EXPERIENCE : LIFE, SEX, FREEDOM & GOD"
by Abdur Raheem Green, Suhaib Webb, Dr Harlina, Hussein Yee.

10.00 pg - 5.00 ptg

Dewan Kuliah Utama, APIUM

MENGINGATI PERINTAH SOLAT DI BULAN REJAB


BENGKEL SMART SOLAT

11 JULAI 2009 (sabtu)

9.00 pagi - 5.00 petang

DEWAN MASJID UIA PJ

ANJURAN BERSAMA :

KELAB SAHABAT PPUM
TEAM ELIT MUSLIM(TEM) PMIUM

&

PERSATUAN MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM


PENYERTAAN TERBUKA KEPADA ANAK-ANAK STAFF PPUM & PAKGUARD UM BERUMUR (7 - 12 Tahun) PENYERTAAN ADALAH PERCUMA...

FASILITATOR DIPERLUKAN DARI KALANGAN AHLI TEM PMIUM & PMA

Untuk Sebarang Penyertaan & Ingin Menjadi Fasilitator sila hubungi:
Zul Amirul : 013-3196286
Noradilah : 013-6323361


"Kami GENERASI HARAPAN masa DEPAN"


31 Mei 2009 08.30 a.m : Seramai 45 orang remaja dari Kelab Remaja Muslim Bandar Putri Klang telah menyertai "Bengkel Generasi Harapan" dengan jayanya.Bengkel ini adalah anjuran bersama TEM PMIUM,PMA dan Surau An-Nur Bandar Putri Klang.Bengkel ini sepenuhnya dilaksanakan di Akademi Pengajian Islam UM.

Peserta tiba di UM pada pukul 8.30a.m dan majlis dimulai dengan majlis perasmian.Ucapan mulakan oleh Ketua TEM Sdr.Zul Amirul seterusnya ucapan perasmian telah disampaikan oleh wakil Surau An-Nur En.Rozman.Aktiviti dimulai dengan ice-Breaking kemudian diikuti dua LDK dan diakhiri dengan Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh Sdr.Jowel.Majlis penutup yang berakhir pada pukul 3.30ptg diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta.

"Adik-adik diibaratkan sebagai satu mutiara yang sangat berharga adik dan setiap orang berharap ingin memilikinya.Oleh itu,adik-adik mesti berusaha untuk menjadi yang terbaik dari kalangan yang baik untuk agama, ibu bapa,masyarakat dan negara.Dekatkan diri pada Allah,patuh pada ibu bapa dan guru-guru serta jangan sekali-kali melakukan kemungkaran pada Allah s.w.t"..Ketua TEM..

"Mereka adalah generasi harapan agama yang perlu dididik agar mereka ini benar-benar dapat dibentuk menjadi generasi pimpinan al-Quran dan As-Sunnah"..Ibu Peserta..


"Peserta menyayikan lagu tema"

"Khusyuk mengingati Allah s.w.t"

"Ceramah Motivasi"


TEM : "Program Masa Cuti"


BENGKEL GENERASI HARAPAN'09


Masa:
8.30pg - 4.00ptg

Hari:
Ahad

Tarikh:
31 Mei 2009


Tempat:
Padang Varsiti & Surau APIUM




ANJURAN BERSAMA

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UM, (PMIUM)
SURAU AN-NUR,LEMBAH KLANG



ORGANISASI BENGKEL GH'09

Unit Pengisian & Penyelarasan
Unit Tempat & Teknikal
Unit Makanan & cenderamata
Unit Fotografi





TENTATIF

9.00 pg :
Perasmian Bengkel

9.30 pg :
Ice Breaking

10.30 pg :
Minum Pagi

10..45 pg :
LDK1

12.00 tgh hr :
LDK2

1.00 tgh hr :
Makan

1.30 tgh hr :
Solat Zohor

2.00 ptg :
Ceramah

3.00 ptg :
Majlis Perpisahan
Bersurai




"TAWARAN ORGANISASI UNIT-UNIT
(Tempat dan Teknikal, Makanan dan cenderamata, Fotografi)
TERBUKA KEPADA SELURUH MAHASISWA UM YANG BERMINAT,
BAGI INDIVIDU YANG BERMINAT BOLEH MENGHUBUNGI TERUS:

Zul Amirul : 0133196286
Zanarizma : 0133186943

IKLAN PMIUM



EDISI TERHAD!!!


TERBUKA HANYA UNTUK 1O ORANG YANG BERTUAH




OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT PASIR MAS (OPKIMAS )




ANJURAN PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UM(PMIUM)


TARIKH : 31 Mei - 4 Jun 2009

TEMPAT : Pasir Mas,Kelantan



PENYERTAAN HANYA TERBUKA KEPADA ORANG BUKAN KELANTAN SAHAJA


PENYERTAAN ADALAH PERCUMA


PENGANGKUTAN PERGI DAN BALIK DARI UM KE KELANTAN ADALAH PERCUMA


Jika Berminat sila sms pada Zul Amirul(0133196286) untuk mendapatkan borang dan maklumat lanjut..




RTC:"Semakin Ceria,Menarik & Berisi"


02 Mei 2009 5.30p.m : Riadah Teladan Ceria (RTC) yang ketiga kalinya semakin mendapat sambutan yang menggalakkan dari mahasiwa mahasiswi Universiti Malaya.Dengan membawa tema"Satu Hati satu Universiti" RTC pada kali ini semakin ceria,menarik dan berisi.Kehadirin antara pihak mahasiswa dan mahasiswi pada kali ini adalah setanding jika dibandingkan dengan RTC yang lepas kehadiran mahasiswi adalah lebih ramai.


Walaupun berhadapan dengan minggu peperiksaan ia tidak meghalang mahasiswa untuk terus aktif dalam aktivi riadah seperti ini.RTC dilihat bukan hanya sekadar ingin melaksanakn aktiviti riadah dan sukan semata-mata tapi ia dilihat membawa satu mesej kefahaman Islam yang sebenar pada seluruh warga kampus.


Ini dibuktikan dengan terdapatnya "Tazkirah Padang" yang diselitkan semasa RTC ini selain daripada kita menujukkan contoh tauladan yang baik kepada raka-rakan mahasiswa yang lain.Tazkirah Padang pada kali ini telah disampaikan oleh Ust.Khairul Naim mantan setiausaha PMIUM dan juga merupakan student PhD UM.


"Kita nak tunjukkan bawaha pemuda ataupun mahasiswa ini memiliki satu kekuatan dan semangat yang mampu untuk membawa perubahan yang lebih baik kedalam masyarakat kampus mahupun masyarakat luar.Oleh itu,mahasiwa wajar untuk terus bergiat aktif dalam pelbagai aktivti mahupun program yang bersifat membina akhlak muslim yang sebenar disamping kita tidak meninggalkan akademik yang menjadi asas utama mahasiwa itu sendiri."..Ust.Naim..


T.E.M mengharapkan agar pada masa-masa akan datang RTC ini mampu menjadi satu aktiviti yang dapat mengumpulkan seluruh mahasiswa baik muslim mahupun non-muslim dalam keadaan santai dan mesra.Kita juga berharap agar ada respon dan juga cadangan dari pihak rakan-rakan sekalian bagi menambahbaikan lagi aktiviti kita ini.
  


   "T.E.M FC menewaskan MU UM 3-1"


"Santai mendegar "Tazkirah Padang"

"Mengatur strategi"

"Taklimat untuk game muslimat"

"MENARIK!Antara game untuk kaum hawa"

"Tazkirah Padang dari Ust.Khairul Naim"

TAZKIRAH JUMAAT'S CORNER:HIDUPKAN SUASANA "SAYI'DUL AYYAM" DENGAN BARAKAH



01 Mei 2009 11.00a.m : Tazkirah Jumaat's Corner(TJC) pada minggu ini telah dilaksanakan dengan jayanya di Dataran Sastera.Dengan membawa tajuk"Mencapai Minda Zero" yang telah disampaikan oleh Ust.Shazni Munir Presiden PMIUM mampu untuk memberikan kesan kepada mahasiswa mahasiswi yang hadir pada program tersebut.

Jikalau minggu lepas TJC ini dilaksanakan di Dataran Sains,alhamdulillah pada minggu ini T.E.M juga telah berjaya untuk mengimarahkan Dataran Sastera dengan peringatan yang mampu mendekatkan manusia kepada Tuhan yang Maha Pencipta.



"manusia secara fitrahnya akan mencapai satu keadaan yang mana mereka ini mahukan ada satu kuasa yang mampu melindungi dan menolong mereka dalam keadaan macam mana sekalipun,oleh sebab itu kita selaku seorang muslim tidak dapat tidak kena meletakkan Allah s.w.t sebagai satu tempat pergantungan yang utama dan hakiki"...antara peringatan yang disampaikan..


Kita mengharapkan pada masa akan datang aktiviti ini mampu mendapat sambutan yang menggalakkan dari seluruh mahasiswa kampus perdana ini.Semoga permulaan dan perubahan transformasi yang dilakukan ini mampu untuk menarik mahasiswa dalam menghayati agam Islam yang sebenar.

"mendengar tazkirah dalam keadaan suasana yang selesa"


"mendengar dalam keadaan bebas"

"KITA NYALAKAN OBOR HATI KAMPUS"


30April 2009 6.00p.m : Aktiviti berbuka puasa,kuliah maghrib dan solat hajat telah berjaya dilaksanakan di tengah padang varsiti UM yang juga terletak di tengah-tengah kawasan Universiti Perdana ini.Alhamdulillah kami bersyukur pada Allah s.w.t kerana di beri keizinan oleh Allah s.w.t bagi melaksanakan aktiviti yang barakah ini.

Kami ibaratkan aktiviti ini sebagai salah satu cara bagaimana hendak menyalakan obor-obor keindahan Islam ke dalam kampus ini.Biar warga kampus lihat bahawa Islam ini adalah satu agama yang bersifat syumul dan juga alamiyyah.Ia bukan semata-mata tertumpu di masjid mahupun di surau semata-mata.

"sungguh segar dan nyaman serta indah apabila saya dapat berbuka puasa,solat serta mendengar kuliah mahgrib di sini,memang dapat dirasakan satu kelainan yang menyeronokkan,tidak pernah lagi saya solat tanpa berbumbungkan langit yang penuh dengan hiasan bintang-bintang yang berkelipan"..ujar salah seorang mahasiswa yang menyertai aktiviti ini..

Program bermula pada pukul 6.30ptg dengan aktiviti "sharing momment" kemudian diteruskan lagi dengan berbuka puasa secara berjemaah selepas itu solat berjemaah serta kuliah maghrib.Program berakhir pada pukul 9malam..Semoga program seperti ini mampu untuk diteruskan lagi pada masa akan datang.


"BERANI!MUSLIMIN Berkongsi idea @pandangan dengan sifat terbuka"



"kenikmatan selepas berpuasa dikecapi dengan berbuka secara berjemaah"

T.E.M:"PROGRAM MENARIK MINGGU INI"


AKTIVITI BERBUKA PUASA@KULIAH MAGHRIB & SOLAT HAJAT

30/04/09 (khamis)

6.15petang - 9.00malam

TEMPAT : PADANG BERHADAPAN FAKULTI KEJURUTERAAN


P/S : Makanan sila bawa sendiri..

Air Minuman disediakan



________________________________________________
________

TAZKIRAH JUMAAT'S CORNER

TAJUK : "Mencapai Minda Zero"

Disampaikan oleh : Ust.Shazni Munir b. Mohd Ithnin

01/05/09 ( jumaat )

11.00pagi

TEMPAT : DATARAN SASTERA


_____________________________________________________

RIADAH TELADAN CERIA "HOLIDAY SPECIAL"

02/05/09 ( sabtu )

5.15petang - 6.45petang

TASIK VARSITI

PELABAGAI AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA!!

AKTIVITI TETAP : Futsal,Sepak Raga Bulatan
& Taichi serta "TAZKIRAH PADANG"

P/S........Baju Tema : biru,hitam,merah jambu & hijau




"Semua MAHASISWA & MAHASISWI Universiti Malaya & kampus-kampus sekitar dijemput datang beramai-ramai bagi MENJAYAKAN aktiviti-aktiviti T.E.M ini....Semoga aktiviti yang dilaksanakan ini mampu MENGERATKAN lagi hubungan dikalangan kita semua"

"Tazkirah Jumaat's Corner":SANTAI,DEKAT & TERKESAN



TAZKIRAH JUMAAT'S CORNER merupakan satu pendekatan baru yang diperkenalkan oleh Team Elit Muslim PMIUM di dalam memberikan kefahaman Islam yang sebenar kepada seluruh warga kampus.

Untuk pertama dan julung kalinya T.E.M memilih Dataran Sains sebagai tempat untuk dilaksankan aktiviti ini.Alhamdulillah komitmen ataupun minat yang ditunjukkan oleh mahasiswa dan mahasiswi untuk Tazkirah Corner ini amat menggalakan.

Tazkirah pada kali ini telah di sampaikan oleh Pengerusi Biro Kepimpinan,Kerohanian& Pembangunan Insan iaitu Sdr.Aizat Salleh.Belaiau sempat berkongsi dan memberikan sedikit peringatan berkaitan dengan surah al-'Asr:"Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan orang-orang beriman dan beramal soleh serta orang yang menyeru kepada kebenaran dan juga kesabaran".Kita perlu bersyukur pada Allah s.w.t kerana pada penghulu segala hari ini Allah s.w.t telah memilih kita orang-orang yang beriman untuk berkumpul pada hari ini bagi kita menyeru kepada kebenaran dan juga menyeru kita kepada kesabaran dalam melaksanakan perintah dan meninggalkan segala larangan Allah s.w.t.."peringatan yang diberikan oleh Sdr.Aizat"..

Kita mengharapkan dengan permulaan dan pendekatan baru yang diusahakan ini mampu untuk menarik minat mahasiswa untuk lebih mendekati dan memahami "idea faham Islam" yang sebenar.Tazkirah Corner yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk kita menunjukkan bahawa Islam ini bukan bersifat di surau atau masjid semata-mata tapi ajaran Islam ini harus di sampaikan di mana-mana pun.

InsyaAllah "Tazkirah Corner" ini akan dilaksanakan secara istiqamah dan kita mengharapkan komitmen dan sokongan bagi mahasiwa mahasiswi Universiti Malaya bagi bersama-sama kita menjadi orang yang cermerlang di dunia dan juga akhirat...
TAZKIRAH JUMAAT'S CORNER merupakan satu pendekatan baru yang diperkenalkan oleh Team Elit Muslim PMIUM di dalam memberikan kefahaman Islam yang sebenar kepada seluruh warga kampus.

InsyaAllah "Tazkirah Corner" ini akan dilaksanakan secara istiqamah dan kita mengharapkan komitmen dan sokongan bagi mahasiwa mahasiswi Universiti Malaya bagi bersama-sama kita menjadi orang yang cermerlang di dunia dan juga akhirat...


"Tazkirah Corner bersifat santai"


"khusyuk mahasiswa & mahasiswi mendegar tazkirah"


"siapa sahaja boleh bersama menyertai Tazkirah Jumaat's Corner"

T.E.M: "Special RTC Mampu Menarik Minat Non-muslim"


25 April 2009 5.30p.m :Special RTC yang ke-3 dianjurkan pada minggu ini disambut baik oleh mahasiswa mahaisiswi Universiti Malaya walaupun di dalam saat-saat genting berhadapan dengan peperiksaan.

RTC kali ini telah dapat menarik minat beberapa orang non-muslim untuk bersama-sama beriadah dengan ahli-ahli T.E.M.Ini merupakan satu titik permulaan yang sangat baik bagi T.E.M mendekati non-muslim dalam menyebarkan kefahaman Islam yang sebenar.

Seperti minggu sebelum ini RTC pada kali ini menampilkan permainan FUTSAL dan juga SEPAK RAGA BULATAN bagi muslimin manakala TAICHI untuk muslimat.Pada minggu ini pasukan FUTSAL T.E.M ZON A telah mengalahkan pasukan T.E.M zon B dengan keputusan 3-1.

Permainan selesai tepat pukul jam 6.20ptg kemudian diteruskan lagi dengan "TAZKIRAH PADANG" yang disampaikan oleh YDP PMA iaitu Sdr.Nazim."Islam ini suka pada pemuda dan pemudinya yang sihat dan kuat,jadi saya rasa RTC ini salah satu medan yang sesuai untuk melahirkan pemuda-pemudi yang kuat.Kita bukan sahaja kuat dalam beriadah atau bersukan tapi kita juga mesti kuat beribadah pada Allah s.w.t serta kuat dalam menegakkan kebenaran"..Ujar beliau..

Dengan kehadiran yang semakin meningkat pada setiap minggu,bahkan pada minggu ini juga terdapat wakil dari kampus jiran kita iaitu UIA PJ turut serta dalam RTC kali ini.Oleh itu,kita mengharapkan agar komitmen dari sahabat-sahabat sekalian akan sentiasa istiqamah dan dipertingkatkan sedikit demi sedikit bagi bersama-sama kita memberikan kefahaman Islam yang sebenar kepada seluruh warga kampus melalui RIADAH TELADAN CERIA ini.


"Muslimin bermain
sepak raga bulatan"

"T.E.M Zon A menewaskan T.E.M zon B 3-1"


"salah satu gerakan taichi,p/s:macam baca doa je..hehe"


"non-muslim turut serta dalam RTC"



"Ya Rahman,Ya Rahim..kurniakanlah kesihatan pada tubuh badan kami ini agar kami dapat mempertingkatkan ibadah kami padaMu,berikanlah kami kejayaan dalam setiap urusan kami baik dunia mahupun akhirat...amin.."

"Muhasabah Buat Ahli T.E.M"

Assalamualaikum.....

Salam perjuangan buat sahabat-sahabat sekalian...Artikel ini di hantar kepada editor blog T.E.M oleh salah seorang ahli T.E.M untuk dikongsi dengan sahabat-sahabat semua..semoga kita semua dapat mengambil pengajaran daripadanya...




BILA TIME-TIME EXAM NIE….. SESUATU YANG KEKADANG KITA TAK SEDAR KITA DAH BUAT ……..


Al-Quran VS Buku @ Nota


Kekadang tu, bila fikir-fikir balik… kita sanggup berjuang berhabis-habisan nak khatamkan buku-buku & nota-nota… ye lakan.. nak berjuang dalam bp @ dtc bukannyer senang… dgn sejuknyer sampai rase kat tulang.. soalannyer huh…boleh tahan..


TAPI… kenape yer, nak baca Al-Quran satu helai setiap kali solat pun kita tak mampu buat….. apatah lagi nak ngafal ngan tadabburnya….jauh sekalikan… Isk2, astarfirullahul azim…kitakah itu??


Solat Berjemaah VS Study Groups


Ni masuk bab solat berjemaah pulak…. Eemmm…surau ngan masjid, nampak cam lengang jer…. Jemaahnyer, boleh dikira ngan jari..kalu tak cukup jari tangan.. rase-rasenyer kalau tambah jari kaki pun cukup lagikan… sepatutnyer dalam time-time “nazak” nie… kita lagi rajin g rumah Allah tue… solat berjemaah, saling bermaafan pas solat…saling “topup” amalan.. ye la.. nak gi berperang dalam bp @ dtc.. kalau tak cukup peluru… ganer nak gi medan perang kan…


TAPI… kita lain kan…. Uish, nak gi solat berjemaah??? Emmm… study group la dulu…penting ni, penting sebab kalau tak susah nak skor pe yang masuk exam… study group dapat janakan minda, study sorang-sorang..lambat masuk… solat jemaah,waktu pas exam boleh wat lagi.... isk2, kitakah itu???


Solat Tahajjud @ Qiamullail VS Stay Up


Time-time exam nie.. dok kat kolej memang best, rase cam 24 jam tue siang ajer…. Yelakan, walaupun kul 3 4 5 pagi…suasana tue cam meriah jer lagi… ader jer orang kat lorong-lorong floor, kat dewan makan, kat kedai makan, kat starbuck (8th jer), kat bilik bacaan atau kat mana-mane je lakan… kalu x nampak orang pun, paling kurang dengar bunyi-bunyi kerusi orang tolak, bunyi almari @ laci dibukak, bunyi radio @ laptop pasang lagu…


dan paling best, boleh tengok ader yang wat study group pagi-pagi buta… tue tak masuk lagi yang “burung-burung” ..opss silap.. “ulat-ulat gonggok” berpasangan bertenggek berdua-duaan kat merata cerok..nak study la katakan… sanggup tak tido… takut tak sempat baca habis… ader gak yang tido dulu awal-awal tue… pastu bangun dalam kul 12 ke atas, stay up ngan berbekalkan kopi @ nescafe pelbagai nama dan citarasa…konon-kononnyer tak nak bagi ngantuk….. ader pulak yang pulun study sampai kul 2 3 4 pagi..pas tu tido…sampai subuh pun “gajah”…dan ader gak yang sampai “terbabas” subuh….


TAPI…. Kalu nak wat solat solat tahajjud ker… nak wat qiamullail ker…susahnyer rase-rasenyerkan…. Rase berat ajer…sampai kekadang tue,terdetik di hati….ala, boleh wat pas-pas nie (pas exam)… tue tak masuk lagi yang bila orang lain kejut @ ajak qiamullail (waktu bukan time exam)..marahnyer bukan main lagi….kate ganggu orang lain tido jer… dah tue,siap sound-sound lagi…nak wat baik @ beribadah, wat sorang-sorang la…x yah ajak orang lain…nafsi-nafsi… ader pulak tue yang bila orang kejut, liatnyer cam selimut tue melekat jer kat badan,tilam tue empuk semacam dan bantal pulak..huh,tak leh nak baying….bestnye tidor sampai x leh nak bangun qiam….isk2, kita ke tue???


Surau @ Masjid VS Library


Orang kate lakan…kalu nak tengok masjid @ surau penuh, tengok time pose… kalu library pulak??? Ala..aper susah,time exam lakan.. penuh ajer orang kat library tue kalu time-time exam… maklumler…. library la tempat paling best kalu nak study time-time exam nie…kalu rase tak cukup bahan, boleh terus cari kat library…tenang, damai dan sejuk……

TAPI…kalu nak tengok masjid @ surau sikit orang pulak…biler yer??? Ala, dah tau jawapan kan??? Time exam la, maklumler…busy study… seminit waktu tu,berharganyer….siap tue, masih boleh pikir dan tolak campur lagi tue….kalu g masjid @ surau, masa untuk dok kat masjid @ surau…kalu dikali tolak campur dan bahagi, boleh study satu part @ chapter… rugi-rugi… isk2, kita ke tue??

Sebenarnyer, banyak lagikan yang kita buat, tetapi kita kekadang tue tak menyedarinyer… Bila nak exam…kita mintak maaf kat kekawan, tapi ngan mak ayah kita ???? Bila time exam, masa tue kita jaga sangat, tapi masa solat ??? Bila time exam, duit sanggup keluar utk potostat nota2 @ buku2…tapi untk sedekah @ infaqkan duit tue??? Dll….

Eemmm…banyakkan yang kita buat dan banyak juga yang kita tak buat???.. sama2 kita muhasabah kembali…

Wallahu a’lam…..


T.E.M : "Islah dan Dakwah akan Sentiasa Berjalan"


NANTIKAN KEMUNCULAN!!!......



TAZKIRAH JUMAAT'S CORNER




TAJUK : " Khabar Gembira buat Orang Beriman"


JUMAAT (24/04/09)



12.00 tghr - 12.30 tghri


TEMPAT :
"DATARAN FAKULTI SAINS"






"CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku"
(Hadith Qudsi)


DAN JUGA.....................

____________________________________________________________________



SPECIAL Riadah Teladan Ceria


SABTU (25/04/09)


5.15ptg- 6.45ptg


TASIK VARSITI


Nantikan Kemunculan Pelbagai Aktiviti Menarik Khas Buat Semua Mahasiswa Universiti Malaya

TAZKIRAH

TAICHI

FUTSAL


SUKANEKA






"SEMUA MAHASISWA DAN MAHASISWI TERUTAMANYA AHLI TEAM ELIT MUSLIM DI JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI BAGI MENJAYAKAN AKTIVITI YANG BARAKAH INI.....BERSAMA-SAMA KITA MELAKUKAN TRANSFORMASI GERAKAN ISLAH DAN DAKWAH INI AGAR ISLAM AKAN TERPAKU DI KAMPUS INI...InsyaAllah..."

p/s: Datang jangan tak datang tau.....

"SEMOGA KITA SEMUA MENCAPAI KEJAYAAN"



"YANG PENTING KITA USAHA & BERTAWAKAL"




"SEMOGA BERJAYA UNTUK SEMUA AHLI T.E.M"Bold


Bold

"JANGAN TENSION-TENSION,TERUSKAN STUDY"




"SENTIASA MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ALLAH S.W.T"

T.E.M : "Kelainan dan Perubahan"


16 Mac 2009 6:00 p.m : Majlis berbuka puasa,solat hajat & Tadarus al-Quran dapat dilaksanakan dengan jayanya.Komitmen dan minat yang di tunjukan oleh ahli T.E.M dari pelbagai kolej kediaman amat mengalakkan walaupun bilangan yang hadir tidak begitu ramai.Apa yang menariknya adalah walaupun bilangan orang yang hadir tidak melebihi 30 orang tapi kita berjaya mengumpulkan kekuatan melebihi 200 orang kerana 1 orang ahli T.E.M = 10 Kekuatan.

Satu kelainan yang di bawa pada program ini ialah kita mengadakan majlis berbuka puasa di padang yang mungkin sebelum ini belum pernah lagi dilakukan atau jarang dilakukan oleh mana-mana persatuan atau lain-lain badan.Ia mampu meningkatkan rasa syukur dan kagum pada kehebatan Allah s.w.t kerana kami dapat menikmati udara yang nyaman serta pemandangan yang indah semasa melihat matahari terbenam..Subhanallah!

Turut hadir bagi memeriahkan lagi program semalam adalah wakil dari MPMUM Sdri.Maryam Muneerah bt. Ahmad Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita.Sdri.Maryam sempat berta'ruf dengan semua kaum hawa yang hadir pada program tersebut.

Kita mengharapkan dengan kelainan dan perubahan yang ingin di bawa ini mampu menarik minat mahasiswa untuk memahami keindahan agama Islam dengan lebih mendalam lagi.Semoga dengan niat baik ini mendapat sokongan dari semua pihak dan semoga Allah s.w.t memimpin kita semua ke jalan yang diredhaiNya..amin,InsyaAllah..

"Berbuka sambil ditemani oleh sepohon pokok"


"ukhuwwah,kami berkongsi makanan"

"minum syeikh sikit lagi"

"kita imarahkan surau KPS"

T.E.M : "Sedikit Penjelasan buat Semua"


Assalamualaikum saya ucapkan pada semua sahabat-sahabat pencinta agama Allah s.w.t...


Pertamanya saya bersyukur pada Allah s.w.t kerana dengan rahmatNya masih lagi memberikan kita segala nikmatNya kepada kita semua.Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w dan juga para sahabat Baginda yang telah banyak berkorban demi agama Allah s.w.t.

T.E.M atau nama penuhnya Team Elit Muslim merupakan satu organisasi di bawah Exco Dakwah & Hubungan Antara Kaum PMIUM yang diketui oleh saya sendiri Mohd Zul Amirul Izwan b.Mat Derasih selaku Exco PMIUM.

Penubuhan T.E.M ini adalah tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mengoptimumkan gerakan islah dan dakwah di kampus perdana ini.Keahlian adalah di buka kepada semua mahasiswa yang berminat baik mahasiswa yang tinggal di dalam kolej kediaman mahupun luar kampus bagi membantu gerakan islah dan dakwah ini.

Penubuhan T.E.M ini adalah sah kerana PMIUM adalah satu badan persatuan yang berdaftar di Universiti Malaya.Untuk makluman sahabat-sahabat yang dirahmati lagi dikasihi Allah s.w.t saya telah menyiapkan KKD dan juga surat bagi mengambil Naib Canselor sebagai penaung T.E.M ini sendiri.

Saya berharap sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan penubuhan T.E.M agar berbincang secara profesional dengan pimpinan PMIUM sendiri bagi mendapat penyelesaian yang terbaik.Kita tidak mahu berlaku perpecahan atau salah faham kerana niat yang ingin kita laksanakan ini adalah satu perkara yang cukup baik untuk semua.Bahkan T.E.M ini sendiri ditubuhkan adalah bertujuan untuk menyatukan seluruh mahasiswa itu sendiri.

Saya selaku Ketua T.E.M memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang telah saya lakukan.InsyaAllah kita akan membuat perbincangan secara intelek dan profesional dengan pihak-pihak tertentu bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul.Di bawah ini saya sertakan surat untuk diserahkan pada NC.

Semoga dengan niat yang baik ini dipimpin oleh Allah s.w.t.


_______________________________________________________________________



Tarikh : 13/04/2009

Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Gauth Jasmon.

Naib Canselor,

Universiti Malaya,

50603 Kuala Lumpur.

Ybhg Datuk,

PERLANTIKAN SEBAGAI PENAUNG TEAM ELIT MUSLIM (TEM)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya yakin bahawa organisasi ini mampu memberi sumbangan yang berkesan kepada usaha menyemarakkan agenda dakwah di seluruh Universiti Malaya khususnya dan seluruh Malaysia amnya. Walaubagaimana pun, kegiatan organisasi ini perlu dipimpin, dibimbing dan dipandu, manakala kebajikan serta keselamatan mahasiswa-mahasiswa yang menganggotainya perlu diselia, diselenggara dan dikawal.

3. Sehubungan dengan itu, maka saya dengan sukacita dan dan bangga ingin melantik Ybhg Datuk menjadi penaung bagi organisasi Team Elit Muslim
(TEM) berkuatkuasa mulai pada tarikh surat ini.

4. Dengan perlantikan ini, bermakna Ybhg Datuk secara rasmi bertanggungjawab atas perjalanan dan kegiatan Team Elit Muslim (TEM) dan berkuasa menasihati, menegur dan mengarahkan ahli jawatankuasa organisasi dan semua ahli TEM demi memastikan Team Elit Muslim ini tidak terkeluar dari tujuan dan matlamat penubuhannya. Ybhg Datuk juga secara rasminya bertanggungjawab memastikan setiap aktiviti Team Elit Muslim ini mematuhi sepenuhnya peraturan, syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh Universiti, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kerajaan Malaysia.

5. Kesediaan dan kesanggupan Ybhg Datuk menerima perlantikan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.Segala kerjasama dan pertimbangan pihak Ybhg Datuk amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“Menerajui Gerakan Mahasiswa Ke Arah Pembentukan Ummah Yang Terbaik”

Yang benar,

……………………………………………..

(MOHD ZUL AMIRUL IZWAN MAT DERASIH)

Ketua Team Elit Muslim,

Exco Dakwah dan Perhubungan Antara Kaum,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya,

50603 Kuala Lumpur.

s.k : Fail projek


RTC :"Mula diminati Oleh Mahsiswa"

15 Mac 2009 6:00p.m : Tasik Varsiti,Riadah Teladan Ceria(RTC) yang dianjurkan pada petang semalam mendapat sambutan yang cukup menggalakan dari mahasiswa dan mahasisiwi Universiti Malaya dengan kehadiran melebihi 30 orang.Dengan tema "Kita Ceria Hati Gembira InsyaAllah Exam Berjaya" di lihat mampu menarik minat mahaisiwa untuk mendekati program yang dilaksanakan ini.

Dengan bermatlamat mengeratkan hubungan silaturahim dan mendapat ketenangan sempena minggu peperiksaan ini telah dicapai pada program tersebut.Program ini di mulai dengan sedikit sesi berkenalan,kemudian di teruskan dengan sedikit permainan.Bagi pihak lelaki,mereka telah bermain futsal dan keputusan adalah seri 1-1 di antara dua pasukan yang bermain.Manakala di peringkat mahasiswi mereka sempat melaksanakan senaman taichi dan beberapa permainan yang ceria.

Turut serta menceriakan lagi program ini adalah wakil dari MPMUM iaitu Sdr.Aizat Salleh Pengerusi Biro Kerohanian,Kepimpnan dan Pembangunan Insan dan juga juga Sdri.Noorzilah bt. Jailani Pengerusi Penerbitan dan Penerangan.Tidak ketinggalan juga yang hadir adalah YDP PMA Sdr.Nazim dan NYDP PMA Sdri.Mushayadah serta pimpinan-pimpinan PMIUM.

Sebelum bersurai,sedikit tazkirah telah disampaikan oleh Sdri.Fasihah iaitu selaku Timb.Presiden PMIUM yang juga merupakan aktivis mahasiswi kampus.


"Janganlah kita menjadi orang yang mementingkan diri sendiri di saat kita berhadapan dengan minggu peperiksaan ini tetapi sebaliknya kita kena menjadi seseorang yang perihatin terhadap rakan-rakan dan juga kita hendaklah memperbanyakkan melakukan amalan kebaikan"..sedikit peringatan yang di sampaikan...

Sdri.Fasihah juga dalam tazkirahnya berharap agar di peringkat mahasiswi sendiri mampu menjadi role model Islam yang terbaik kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi kampus baik muslim mahupun non-muslim.

Majlis akhirnya bersurai tepat jam 6.45ptg yang diakhiri dengan bacaan doa bagi memohon keberkatan dan kejayaan daripada Allah s.w.t

"Mesra dan ceria sesi perkenalan"

"Bendahari PMIUM Sdr.Fahmi memperkenalkan diri"
p/s:ni brother nak bersukan ke nak ke pejabat?

"Kecewa selepas pihak lawan menjaringkan gol pembukaan"

T.E.M : Nantikan Team Motor Elit (TME)


TEAM MOTOR ELIT ATAU KELAB MOTOR PMIUM

AKAN DIWUJUDKAN BAGI MENARIK MINAT

REMAJA BAGI MENDEKATI ISLAM DENGAN LEBIH

DEKAT MELALUI AKTIVITI PERMOTORAN




KAMI MOHON JASA SAHABAT-SAHABAT SEMUA MELONTARKAN IDEA,CADANGAN,KOMEN @ KRITIKAN DAN SEBAGAINYA MENGENAI PENUBUHAN TEAM MOTOR ELIT INI.

TRANSFORMASI GERAKAN ISLAH DAN DAKWAH ABAD KE-21 MEMERLUKAN PEMUDA DAN PEMUDINYA BERSATU


T.E.M :" Majlis Berbuka Puasa,Solat Hajat & Tadarus"




MAJLIS BERBUKA PUASA,SOLAT HAJAT DAN TADARUS


PADANG DI HADAPAN FAKULTI KEJURUTERAAN & SURAU KPS

16/04/09 ( khamis )

6.15ptg - 9.00mlm


TENTATIF PROGRAM :

6.15ptg : Berkumpul di padang

6.30ptg : Pengisian Hati sebelum pengisian perut

Tajuk : "Dia tempatku bergantung"

7.15ptg : bersiap untuk berbuka (makanan bawa sendiri:T.E.M takde
bajet lagi)


7.30ptg : Berbuka beramai-ramai ( yang tak puasa pun boleh join sekali)

7.45ptg : solat maghrib
solat hajat
tadarus al-Quran

8.40mlm : solat isyak

9.00mlm : bersurai




"DIJEMPUT KEPADA SEMUA AHLI T.E.M DAN JUGA SELURUH MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA UNTUK BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN PROGRAM YANG BARAKAH INI"

"PERBANYAKAN IBADAH TINGKATKAN SYUKUR PERERATKAN UKHUWAH"

P/S : Sahabat-sahabat yang tak puasa pun boleh datang juga bagi menjayakan program kita ini...




"RTC : JOM TENANG-TENANGKAN FIKIRAN"


RIADAH TELADAN CERIA (RTC)

15/O4/09 (RABU)

5.00ptg

TASIK VARSITI

PELBAGAI AKTIVITI MENENANGKAN FIKIRAN :

KULIM (kuliah 5 minit oleh T.Presiden PMIUM)

FUTSAL

TAKRAW BULATAN

NANTIKAN PERMAINAN KHAS BUAT MAHASISIWI

..."Jom turun beramai-ramai,semua ahli TEAM ELIT MUSLIM dijemput hadir bagi menjayakan RTC pada kali ini".....

-KITA CERIA HATI GEMBIRA EXAM BERJAYA-

InsyaAllah....



p/s: Tema Baju:Putih,biru,ungu,hitam atau pink