Riadhah Untuk Semua

Riadhah Untuk Semua

Program Makan Buah T.E.M

Program Makan Buah T.E.M

Tazkirah Padang

Tazkirah Padang

Ziarah Mesra PPUM

Ziarah Mesra PPUM

Showing posts with label MENARIK. Show all posts
Showing posts with label MENARIK. Show all posts

"EXAM: Banner T.E.M dari Kolej 7, 8 dan 10"

Monday, April 13, 2009


13 April 2009 6:00 p.m : Tahniah dan syabas diucapkan pada T.E.M Kolej Kediaman Ketujuh dan juga T.E.M Kolej Kediaman Kinabalu serta T.E.M Kolej Kediaman Kesepuluh kerana berjaya menaikkan banner T.E.M sempena minggu peperiksaan ini.Dengan kerjasama dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh ahli T.E.M kolej tersebut mereka berjaya menyiapkan banner dengan masa yang singkat.

Ketika bertemu dengan Ketua T.E.M Kolej Kediaman Kinabalu Sdr.Shahriul pada petang tadi,beliau ada menceritakan serba sedikit kisah di sebalik tabir bagi menyiapkan banner tersebut."Kami mula membuatnya selepas solat isyak dan siap hampir pukul 3 pagi,saya merasa teruja dengan komitmen yang ditunjukkan oleh ahli-ahli T.E.M kolej ini.Yang menariknya monyet-monyet yang berkeliaran di sekitar kawasan kolej juga memberi sokongan pada kami.Habis cat-cat ditumpahkan oleh mereka"..Ujar Sdr.Shahriul tersenyum..

Pimpinan PMIUM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli T.E.M yang terlibat bersama-sama dengan PMIUM bagi membawa gelombang Islah dan Dakwah di Kampus Perdana ini.Semoga dengan adanya kata-kata semangat yang terpapar pada banner tersebut serba sedikit mampu memberi semangat pada semua mahasiswa mahasiswi bagi mengejar kejayaan pada peperiksaan akan datang ini..

P/S:"T.E.M kolej-kolej Kediaman yang lain bila nak naikkan banner?"..hehe..

"Cantik banner hasil T.E.M KK8"


"macam mana la diorang panjat ni"


"Ketua T.E.M turun melawat"

EXAM : "KIMBALL dari T.E.M Kolej 1"

Sunday, April 12, 2009


13 April 2009 9:00p.m : Tahniah! diucapkan kepada Team Elit Muslim Kolej Kediaman Pertama kerana berjaya mencetuskan satu idea yang cukup-cukup menarik untuk dikongsi bersama dengan Team Elit Muslim kolej-kolej kediaman yang lain..

KIMBALL atau nama penuhnya "Kuliah Maghrib MudaMudi Boleh Agaknya Lama-lama Sikit" merupakan cetusan idea dari sdr.Ahmad Nur Fayyadh selaku Ketua T.E.M Kolej Kediaman Pertama(ASTAR).Ketika di temui semalam beliau memberikan sedikit penjelasan mengenai idea ini:

"Kuliah seperti ini kita datangkan pada minggu study week dan exam ini adalah bertujuan untuk menarik minat mahasiswa untuk turun ke surau bagi mendengar sedikit pengisian..Sebelum ini kita ada KULSUM(Kuliah Sepuluh Minit) dan KISMIS(Kuliah Sepuluh Minit InsyaAllah settle) mendapat sambutan yang cukup-cukup baik mahasiswa dan mahasiswi kolej kediaman ini..Dengan nama baru ini,saya mengharapkan agar ia mampu menarik minat mahasiswa untuk terus istiqamah untuk datang ke surau walaupun berada dalam minggu peperiksaan"..

KIMBALL ini telah dimulai oleh sdr.Zul Amirul sendiri selaku Ketua Team Elit Muslim PMIUM pada semalam di surau kolej kediaman pertama.Nantikan kemunculan pimpinan PMIUM yang lain bagi menjaya KIMBALL pada kali ini.Antara yang akan turun adalah Presiden PMIUM Ust.Shazni Munir,Abdul Hadi Exco Tarbiyah PMIUM dan Shafie b.Hashim selaku Exco Peruhubungan dan Hal Ehwal Semasa PMIUM.

Tidak ketinggalan juga wakil dari MPMUM sendiri yang akan turun menjayakan KIMBALL ini iaitu sdr.Hafiz Ilyas TNYDP dan juga sdr.Aizat Salleh Exco Kepimpinan MPMUM..

Semoga idea yang terhasil ini dapat dilaksankan juga di kolej-kolej kediaman yang lain...

-TRANSFORMASI GERAKAN ISLAH DAN DAKWAH ABAD KE-21-