Riadhah Untuk Semua

Riadhah Untuk Semua

Program Makan Buah T.E.M

Program Makan Buah T.E.M

Tazkirah Padang

Tazkirah Padang

Ziarah Mesra PPUM

Ziarah Mesra PPUM

"EXAM: Banner T.E.M dari Kolej 7, 8 dan 10"

Monday, April 13, 2009


13 April 2009 6:00 p.m : Tahniah dan syabas diucapkan pada T.E.M Kolej Kediaman Ketujuh dan juga T.E.M Kolej Kediaman Kinabalu serta T.E.M Kolej Kediaman Kesepuluh kerana berjaya menaikkan banner T.E.M sempena minggu peperiksaan ini.Dengan kerjasama dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh ahli T.E.M kolej tersebut mereka berjaya menyiapkan banner dengan masa yang singkat.

Ketika bertemu dengan Ketua T.E.M Kolej Kediaman Kinabalu Sdr.Shahriul pada petang tadi,beliau ada menceritakan serba sedikit kisah di sebalik tabir bagi menyiapkan banner tersebut."Kami mula membuatnya selepas solat isyak dan siap hampir pukul 3 pagi,saya merasa teruja dengan komitmen yang ditunjukkan oleh ahli-ahli T.E.M kolej ini.Yang menariknya monyet-monyet yang berkeliaran di sekitar kawasan kolej juga memberi sokongan pada kami.Habis cat-cat ditumpahkan oleh mereka"..Ujar Sdr.Shahriul tersenyum..

Pimpinan PMIUM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli T.E.M yang terlibat bersama-sama dengan PMIUM bagi membawa gelombang Islah dan Dakwah di Kampus Perdana ini.Semoga dengan adanya kata-kata semangat yang terpapar pada banner tersebut serba sedikit mampu memberi semangat pada semua mahasiswa mahasiswi bagi mengejar kejayaan pada peperiksaan akan datang ini..

P/S:"T.E.M kolej-kolej Kediaman yang lain bila nak naikkan banner?"..hehe..

"Cantik banner hasil T.E.M KK8"


"macam mana la diorang panjat ni"


"Ketua T.E.M turun melawat"

0 comments:

Post a Comment