Riadhah Untuk Semua

Riadhah Untuk Semua

Program Makan Buah T.E.M

Program Makan Buah T.E.M

Tazkirah Padang

Tazkirah Padang

Ziarah Mesra PPUM

Ziarah Mesra PPUM

"ZDI :T.E.M bersama PMA turun ke Rumah Anak Yatim"

Monday, April 13, 2009


Pada 11 April iaitu pada hari sabtu yang lepas,beberapa wakil dari Team Elit Muslim PMIUM dan juga wakil dari Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM (PMAPIUM) telah turun melawat ke rumah anak yatim Myammar di Pondok Hasyimiah yang terletak di Selayang,Selangor.

Skuad T.E.M yang diketui oleh Sdri.Naziefah yang juga merupakan Timb.Exco Dakwah PMIUM telah berjumpa dengan Pengetua pondok tersebut bagi membincangkan tentang silibus pengajian tambahan yang patut diberikan kepada anak-anak yatim tersebut.

T.E.M dengan kerjasama PMA akan berkerjasama dalam membantu memberikan pendidikan yang sepatutnya kepada anak-anak yatim Myammar tersebut kerana sebelum ini dan sampailah sekarang mereka belum lagi mempunyai silibus pembelajaran dan kokurikulum yang sistematik.Walaubagaimanapun,di pondok ini terdapat kelas tahfiz bagi hafalan al-Quran bagi melahirkan generasi yang berpegang teguh pada ayat-ayat Allah s.w.t.

Kita sangat memerlukan komitmen dari ahli T.E.M dan juga ahli PMA bagi melibatkan diri dalam membantu anak-anak yatim ini bermula pada Semesta hadapan.Semoga dengan pengorbanan yang kita lakukan ini mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah s.w.t.

"Ya Allah,Engkau murahkanlah rezeki kami semua"

"Wakil T.E.M & PMA berbincang dengan Pengetua"


"Perihatin,NYDP PMA Sdri.Mushayadah memberi pandagan pada Pengetua"

"Mereka kenyang kami tenang"


0 comments:

Post a Comment