Riadhah Untuk Semua

Riadhah Untuk Semua

Program Makan Buah T.E.M

Program Makan Buah T.E.M

Tazkirah Padang

Tazkirah Padang

Ziarah Mesra PPUM

Ziarah Mesra PPUM

TEAM ELIT MUSLIM DEKATI SEMUA

Wednesday, July 14, 2010

Assalamualaikum saya ucapkan kepada seluruh mahasiswa Universiti Malaya dan selamat datang kepada adik-adik baru serta selamat kembali ke kampus bagi sahabat-sahabat semua.Pertama dan selama-lamanya,marilah sama-sama kita bersyukur pada Allah s.w.t kerana tidak pernah putus-putus walaupun sesaat dalam memberikan kita nikmatNya yang tidak terhitung nilainya.Nikmat ISLAM merupakan anugerah terbesar yang telah Allah kurniakan

kepada hamba-hamba yang di pilih olehNya.Semoga kita semua termasuk di dalam golongan mereka yang bersyukur dan beriman pada Allah s.w.t.

Pada sidang kali ini, saya ingin mengambil peluang untuk memperkenalkan Team Elit Muslim pada adik-adik baru secara khususnya dan kepada rakan-rakan yang lain secara umumnya. Team Elit Muslim atau T.E.M merupakan satu badan dakwah yang berperanan di dalam memberikan kefahaman ISLAM kepada seluruh warga kampus tidak kira sama ada ia melayu, cina, india dan sebagainya.

Pelbagai agenda ummah dan agenda dakwah yang akan dilaksnakan melalui T.E.M di bumi perdana ini bagi memastikan seluruh warga kampus mendapat rahmat dan berkat dari Allah s.w.t dengan melaksanakan amar ma’ruf dan mencegah kemungkaran dengan penuh berhikmah.

Saya ingin mengajak dan amat mengalu-alukan adik-adik semua agar kita bersama-sama menghidupkan cara hidup islam yang syumul bagi memastikan kita semua akan sentiasa mendapat rahmat dan berkat dari Allah s.w.t.

Dengan tema terbaru Team Elit Muslim iaitu “ T.E.M dekati SEMUA” pelbagai aktiviti yang akan kita laksanakan di kampus ini bagi memastikan seluruh warga kampus merasai kesejukkan ketenangan dengan pengisian rohani,jiwa dan mental yang akan kita sediakan. T.E.M juga akan menampilankan pembaharuan bagi aktiviti-aktiviti yang lepas seperti Riadah Untuk Semua(RUS), Tazkirah Corner(TC), Ziarah Mesra(ZM), Tazkirah Padang(TP) dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang akan di ubahsuai bagi menarik minat warga kampus menyertainya.

Dan yang TERBARU, pada sesi ini T.E.M membuat satu kelaianan untuk warga kampus dengan memperkenalkan “AKADEMI MUSLIM PROFESIONAL (AMP)” yang akan meledak pada 2010 ini. Saya tidak akan memperincikan tentang AMP pada sidang kali ini tetapi saya amat mengalukan rakan-rakan semua untuk menyertai AMP ini yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Saya rasa cukup sekadar ini sahaja buat sidang kali ini.Semoga usaha yang sedikit ini akan sentiasa mendapat rahmat dan berkat dari Allah s.w.t. Akhir kalam sekali lagi saya ucapakan tahniah dan selamat dating kepada adik-adik semua serta semoga Berjaya menjadi mahasiswa yang cemerlang di dunia dan akhirat..insyaAllah..

Nukilan khas dari,

MOHD ZUL AMIRUL IZWAN B. MAT DERASIH

Ketua Team Elit Muslim

0 comments:

Post a Comment