Riadhah Untuk Semua

Riadhah Untuk Semua

Program Makan Buah T.E.M

Program Makan Buah T.E.M

Tazkirah Padang

Tazkirah Padang

Ziarah Mesra PPUM

Ziarah Mesra PPUM

T.E.M : "Kelainan dan Perubahan"

Thursday, April 16, 2009


16 Mac 2009 6:00 p.m : Majlis berbuka puasa,solat hajat & Tadarus al-Quran dapat dilaksanakan dengan jayanya.Komitmen dan minat yang di tunjukan oleh ahli T.E.M dari pelbagai kolej kediaman amat mengalakkan walaupun bilangan yang hadir tidak begitu ramai.Apa yang menariknya adalah walaupun bilangan orang yang hadir tidak melebihi 30 orang tapi kita berjaya mengumpulkan kekuatan melebihi 200 orang kerana 1 orang ahli T.E.M = 10 Kekuatan.

Satu kelainan yang di bawa pada program ini ialah kita mengadakan majlis berbuka puasa di padang yang mungkin sebelum ini belum pernah lagi dilakukan atau jarang dilakukan oleh mana-mana persatuan atau lain-lain badan.Ia mampu meningkatkan rasa syukur dan kagum pada kehebatan Allah s.w.t kerana kami dapat menikmati udara yang nyaman serta pemandangan yang indah semasa melihat matahari terbenam..Subhanallah!

Turut hadir bagi memeriahkan lagi program semalam adalah wakil dari MPMUM Sdri.Maryam Muneerah bt. Ahmad Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita.Sdri.Maryam sempat berta'ruf dengan semua kaum hawa yang hadir pada program tersebut.

Kita mengharapkan dengan kelainan dan perubahan yang ingin di bawa ini mampu menarik minat mahasiswa untuk memahami keindahan agama Islam dengan lebih mendalam lagi.Semoga dengan niat baik ini mendapat sokongan dari semua pihak dan semoga Allah s.w.t memimpin kita semua ke jalan yang diredhaiNya..amin,InsyaAllah..

"Berbuka sambil ditemani oleh sepohon pokok"


"ukhuwwah,kami berkongsi makanan"

"minum syeikh sikit lagi"

"kita imarahkan surau KPS"

0 comments:

Post a Comment