Riadhah Untuk Semua

Riadhah Untuk Semua

Program Makan Buah T.E.M

Program Makan Buah T.E.M

Tazkirah Padang

Tazkirah Padang

Ziarah Mesra PPUM

Ziarah Mesra PPUM

RTC :"Mula diminati Oleh Mahsiswa"

Wednesday, April 15, 2009

15 Mac 2009 6:00p.m : Tasik Varsiti,Riadah Teladan Ceria(RTC) yang dianjurkan pada petang semalam mendapat sambutan yang cukup menggalakan dari mahasiswa dan mahasisiwi Universiti Malaya dengan kehadiran melebihi 30 orang.Dengan tema "Kita Ceria Hati Gembira InsyaAllah Exam Berjaya" di lihat mampu menarik minat mahaisiwa untuk mendekati program yang dilaksanakan ini.

Dengan bermatlamat mengeratkan hubungan silaturahim dan mendapat ketenangan sempena minggu peperiksaan ini telah dicapai pada program tersebut.Program ini di mulai dengan sedikit sesi berkenalan,kemudian di teruskan dengan sedikit permainan.Bagi pihak lelaki,mereka telah bermain futsal dan keputusan adalah seri 1-1 di antara dua pasukan yang bermain.Manakala di peringkat mahasiswi mereka sempat melaksanakan senaman taichi dan beberapa permainan yang ceria.

Turut serta menceriakan lagi program ini adalah wakil dari MPMUM iaitu Sdr.Aizat Salleh Pengerusi Biro Kerohanian,Kepimpnan dan Pembangunan Insan dan juga juga Sdri.Noorzilah bt. Jailani Pengerusi Penerbitan dan Penerangan.Tidak ketinggalan juga yang hadir adalah YDP PMA Sdr.Nazim dan NYDP PMA Sdri.Mushayadah serta pimpinan-pimpinan PMIUM.

Sebelum bersurai,sedikit tazkirah telah disampaikan oleh Sdri.Fasihah iaitu selaku Timb.Presiden PMIUM yang juga merupakan aktivis mahasiswi kampus.


"Janganlah kita menjadi orang yang mementingkan diri sendiri di saat kita berhadapan dengan minggu peperiksaan ini tetapi sebaliknya kita kena menjadi seseorang yang perihatin terhadap rakan-rakan dan juga kita hendaklah memperbanyakkan melakukan amalan kebaikan"..sedikit peringatan yang di sampaikan...

Sdri.Fasihah juga dalam tazkirahnya berharap agar di peringkat mahasiswi sendiri mampu menjadi role model Islam yang terbaik kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi kampus baik muslim mahupun non-muslim.

Majlis akhirnya bersurai tepat jam 6.45ptg yang diakhiri dengan bacaan doa bagi memohon keberkatan dan kejayaan daripada Allah s.w.t

"Mesra dan ceria sesi perkenalan"

"Bendahari PMIUM Sdr.Fahmi memperkenalkan diri"
p/s:ni brother nak bersukan ke nak ke pejabat?

"Kecewa selepas pihak lawan menjaringkan gol pembukaan"

0 comments:

Post a Comment