Riadhah Untuk Semua

Riadhah Untuk Semua

Program Makan Buah T.E.M

Program Makan Buah T.E.M

Tazkirah Padang

Tazkirah Padang

Ziarah Mesra PPUM

Ziarah Mesra PPUM

T.E.M MELEDAK 2010 ???

Saturday, January 2, 2010

Assalamualaikum saya ucapkan kepada seluruh mahasiswa Universiti Malaya.Selamat kembali ke kampus dan selamat menyambut tahun baru 2010.

Pertama dan selama-lamanya,marilah sama-sama kita bersyukur pada Allah s.w.t kerana tidak pernah putus-putus walaupun sesaat dalam memberikan kita nikmatNya yang tidak terhitung nilainya.

Nikmat ISLAM merupakan anugerah terbesar yang datang daripada Allah s.w.t yang diberikan kepada hamba-hambaNya dengan memberikan mereka hidayah.Hanya Allah s.w.t yang layak memberikan hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.Jikalau Allah nak bagi hidayah pada orang cina,maka orang cina akan dapat ISLAM, orang India Allah bagi hidayah maka orang India yang akan dapat ISLAM dan tak kiralah sesiapa sekalipun,bangsa manapun dia,warna kulit ape pun dia jikalau mereka ini diberikan hidayah oleh Allah s.w.t sudah tentu mereka ini yang akan memperolehi nikmat ISLAM.


Oleh itu, pada kita yang sudah bergelar seorang muslim maka seharusnya untuk kita sentiasa mempertingkatkan kesyukuran pada Allah s.w.t dengan mengikuti segala ajaran dan perintahNya serta meninggalkan semua larangan Allah s.w.t.

Saya sangat bersyukur pada Allah s.w.t kerana telah memberikan saya peluang bersama-sama sahabat-sahabat yang lain menubuhkan Team Elit Muslim ini bagi membawa agenda dakwah di kampus mahupun kepada masyarakat luar kampus.

Kami(T.E.M) nak semua orang sedar dan faham bahwa ISLAM ini untuk semua tidak kira ia melayu,cina,india dan sebagainya.Islam ni datang dari Allah bukan datang dari orang Arab mahupun orang Melayu.Islam juga merupakan agama yang memberikan rahmat keseluruh alam serta senang untuk di amalkan.

Jikalau la wanita tidak bertudung datang berjumpa saya dan menyatakan untuk berubah,saya pasti tidak akan menyuruhnya memakai tudung terus sehinggalah dia benar-benar faham tentang hikmah ISLAM menuntut wanitanya menutup aurat dengan sempurna waluapun ia memakan masa berbulan-bulan.Bagi wanita muslim yang belum pernah pakai sarung tangan mahupun kaki,saya akan bagitahu mereka belajar pakainya di waktu tidur dahulu sehingga kamu selesa dan faham tentang hikmahnya maka pakailah ia dalam kehidupan seharian kamu.

Islam membimbing manusia kepada kesejahteraan dan ketenangan dalam kehidupan.Dan semua orang perlu faham bahawa Islam memenuhi keperluan fitrah manusia tapi ada la syariatnya,sebagai contoh Islam tak pernah halang hubungan berlainan jantina tapi syaratnya kahwin la.Ingin saya sebut pada mereka yang couple,jikalau pegang sebelum kahwin ia berdosa dan jikalau tak pegang selepas kahwin pun ia berdosa juga,kan cantik tu Islam.Jadi, pada 2010 ini Team Elit Muslim akan mengoptimumkan gerakan Islah dan Dakwah di bumi Um ini.Kami nak orang melayu dapat Islam, orang cina dapat Islam, orang India dapat Islam dan tidak kiralah dari bangsa mana serta negeri manpun ia biarlah semuanya dapat nikmat Islam yang mulia dan benar ini.

Akhirnya, saya amat berharap agar semua mahsiswa dan mahasiswa Um dapt menerima baik kehadiran kami(T.E.M ) dalam membawa agenda yang besar ini dan saya juga berharap akan hadir sokongan yang cukup kuat dari sahabat-sahabat semua untuk bersama T.E.M menyampaikan risalah Islam kepada semua.Semoga usaha kita yang sedikit ini diringi dengan rahmat dan keredhaan Allah s.w.t..

MOHD ZUL AMIRUL IZWAN B.MAT DERASIH

KETUA TEAM ELIT MUSLIM

0 comments:

Post a Comment