Riadhah Untuk Semua

Riadhah Untuk Semua

Program Makan Buah T.E.M

Program Makan Buah T.E.M

Tazkirah Padang

Tazkirah Padang

Ziarah Mesra PPUM

Ziarah Mesra PPUM

"ISU KALIMAH ALLLAH" T.E.M GESA UMAT ISLAM MEMAHAMI ISU YANG SEBENAR"

Monday, January 4, 2010


Kebelakangan ini sibuk dengan timbulnya isu pengguna "kalimah Allah" oleh pelbagai pihak sama ada muslim mahupun non-muslim dan mereka yang faham islam yang sebenar mahupun mereka yang tidak memahami islam dengan sebenarnya..

Diperingkat T.E.M tidak mahu menjawab isu ini tetapi kami bersedia dan mengajak semua pihak untuk memilih kaedah yang terbaik dalam menyelesaikan isu yang timbul ini.Kami berpandangan bahwa memberikan kefahaman kepada semua itu perlu diutamakan iaitu dengan mengadakan dialog mahupun forum bagi isu ini bukan mengeluarkan pandangan individu semata-mata kerana tindakan itu boleh menyebabkan kekeliruan kepada orang awam.

Justeru itu, insyaAllah pihak T.E.M menyokong dan berkerjasama dengan Jabatan Sejarah,Akademi Pengajian Islam UM serta Persatuan Akademi Pengajian Islam(PMAPIUM) bagi mengadakan forum mengenai isu "kalimah Allah" pada hari khamis ini agar kefahaman yang sebenar sampai kepada masyarakat terutamanya warga kampus ini sendiri.

Dan pada hari Isnin minggu hadapan(11 Jan,7.45p.m) akan diadakan juga forum yang bertajuk "Allah Siapa Punya" yang dianjurkan oleh PMIUM dan FPF yang bertempat di Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall (KLSH) berhadapan Stesen Monorail Maharajalela.Antara panelis yang akan membincangkan isu ini ialah YB Khalid Samad(MP S.Alam),Tan Sri Murphy Pakiam(Ketua Paderi Roman Katolik KL),Dr.Asri Zainal Abidin(Bekas Mufti Perlis) dan Dr.Mohd Shahran(ISTAC,UIAM).

T.E.M berharap dengan kehadiran kita semua ke program perbincangan berbentuk ilmiah dan intelek ini akan memberikan kefahaman sebenar kepada kita semua terhadap isu "kalimah Allah" yang timbul ini..

0 comments:

Post a Comment