Riadhah Untuk Semua

Riadhah Untuk Semua

Program Makan Buah T.E.M

Program Makan Buah T.E.M

Tazkirah Padang

Tazkirah Padang

Ziarah Mesra PPUM

Ziarah Mesra PPUM

RTC:"Semakin Ceria,Menarik & Berisi"

Saturday, May 2, 2009


02 Mei 2009 5.30p.m : Riadah Teladan Ceria (RTC) yang ketiga kalinya semakin mendapat sambutan yang menggalakkan dari mahasiwa mahasiswi Universiti Malaya.Dengan membawa tema"Satu Hati satu Universiti" RTC pada kali ini semakin ceria,menarik dan berisi.Kehadirin antara pihak mahasiswa dan mahasiswi pada kali ini adalah setanding jika dibandingkan dengan RTC yang lepas kehadiran mahasiswi adalah lebih ramai.


Walaupun berhadapan dengan minggu peperiksaan ia tidak meghalang mahasiswa untuk terus aktif dalam aktivi riadah seperti ini.RTC dilihat bukan hanya sekadar ingin melaksanakn aktiviti riadah dan sukan semata-mata tapi ia dilihat membawa satu mesej kefahaman Islam yang sebenar pada seluruh warga kampus.


Ini dibuktikan dengan terdapatnya "Tazkirah Padang" yang diselitkan semasa RTC ini selain daripada kita menujukkan contoh tauladan yang baik kepada raka-rakan mahasiswa yang lain.Tazkirah Padang pada kali ini telah disampaikan oleh Ust.Khairul Naim mantan setiausaha PMIUM dan juga merupakan student PhD UM.


"Kita nak tunjukkan bawaha pemuda ataupun mahasiswa ini memiliki satu kekuatan dan semangat yang mampu untuk membawa perubahan yang lebih baik kedalam masyarakat kampus mahupun masyarakat luar.Oleh itu,mahasiwa wajar untuk terus bergiat aktif dalam pelbagai aktivti mahupun program yang bersifat membina akhlak muslim yang sebenar disamping kita tidak meninggalkan akademik yang menjadi asas utama mahasiwa itu sendiri."..Ust.Naim..


T.E.M mengharapkan agar pada masa-masa akan datang RTC ini mampu menjadi satu aktiviti yang dapat mengumpulkan seluruh mahasiswa baik muslim mahupun non-muslim dalam keadaan santai dan mesra.Kita juga berharap agar ada respon dan juga cadangan dari pihak rakan-rakan sekalian bagi menambahbaikan lagi aktiviti kita ini.
  


   "T.E.M FC menewaskan MU UM 3-1"


"Santai mendegar "Tazkirah Padang"

"Mengatur strategi"

"Taklimat untuk game muslimat"

"MENARIK!Antara game untuk kaum hawa"

"Tazkirah Padang dari Ust.Khairul Naim"

0 comments:

Post a Comment