Riadhah Untuk Semua

Riadhah Untuk Semua

Program Makan Buah T.E.M

Program Makan Buah T.E.M

Tazkirah Padang

Tazkirah Padang

Ziarah Mesra PPUM

Ziarah Mesra PPUM

"KITA NYALAKAN OBOR HATI KAMPUS"

Saturday, May 2, 2009


30April 2009 6.00p.m : Aktiviti berbuka puasa,kuliah maghrib dan solat hajat telah berjaya dilaksanakan di tengah padang varsiti UM yang juga terletak di tengah-tengah kawasan Universiti Perdana ini.Alhamdulillah kami bersyukur pada Allah s.w.t kerana di beri keizinan oleh Allah s.w.t bagi melaksanakan aktiviti yang barakah ini.

Kami ibaratkan aktiviti ini sebagai salah satu cara bagaimana hendak menyalakan obor-obor keindahan Islam ke dalam kampus ini.Biar warga kampus lihat bahawa Islam ini adalah satu agama yang bersifat syumul dan juga alamiyyah.Ia bukan semata-mata tertumpu di masjid mahupun di surau semata-mata.

"sungguh segar dan nyaman serta indah apabila saya dapat berbuka puasa,solat serta mendengar kuliah mahgrib di sini,memang dapat dirasakan satu kelainan yang menyeronokkan,tidak pernah lagi saya solat tanpa berbumbungkan langit yang penuh dengan hiasan bintang-bintang yang berkelipan"..ujar salah seorang mahasiswa yang menyertai aktiviti ini..

Program bermula pada pukul 6.30ptg dengan aktiviti "sharing momment" kemudian diteruskan lagi dengan berbuka puasa secara berjemaah selepas itu solat berjemaah serta kuliah maghrib.Program berakhir pada pukul 9malam..Semoga program seperti ini mampu untuk diteruskan lagi pada masa akan datang.


"BERANI!MUSLIMIN Berkongsi idea @pandangan dengan sifat terbuka"



"kenikmatan selepas berpuasa dikecapi dengan berbuka secara berjemaah"

0 comments:

Post a Comment