25 April 2009 5.30p.m :Special RTC yang ke-3 dianjurkan pada minggu ini disambut baik oleh mahasiswa mahaisiswi Universiti Malaya walaupun di dalam saat-saat genting berhadapan dengan peperiksaan.
RTC kali ini telah dapat menarik minat beberapa orang non-muslim untuk bersama-sama beriadah dengan ahli-ahli T.E.M.Ini merupakan satu titik permulaan yang sangat baik bagi T.E.M mendekati non-muslim dalam menyebarkan kefahaman Islam yang sebenar.
Seperti minggu sebelum ini RTC pada kali ini menampilkan permainan FUTSAL dan juga SEPAK RAGA BULATAN bagi muslimin manakala TAICHI untuk muslimat.Pada minggu ini pasukan FUTSAL T.E.M ZON A telah mengalahkan pasukan T.E.M zon B dengan keputusan 3-1.
Dengan kehadiran yang semakin meningkat pada setiap minggu,bahkan pada minggu ini juga terdapat wakil dari kampus jiran kita iaitu UIA PJ turut serta dalam RTC kali ini.Oleh itu,kita mengharapkan agar komitmen dari sahabat-sahabat sekalian akan sentiasa istiqamah dan dipertingkatkan sedikit demi sedikit bagi bersama-sama kita memberikan kefahaman Islam yang sebenar kepada seluruh warga kampus melalui RIADAH TELADAN CERIA ini.
sepak raga bulatan"
0 comments:
Post a Comment