Riadhah Untuk Semua

Riadhah Untuk Semua

Program Makan Buah T.E.M

Program Makan Buah T.E.M

Tazkirah Padang

Tazkirah Padang

Ziarah Mesra PPUM

Ziarah Mesra PPUM

"Tazkirah Jumaat's Corner":SANTAI,DEKAT & TERKESAN

Saturday, April 25, 2009



TAZKIRAH JUMAAT'S CORNER merupakan satu pendekatan baru yang diperkenalkan oleh Team Elit Muslim PMIUM di dalam memberikan kefahaman Islam yang sebenar kepada seluruh warga kampus.

Untuk pertama dan julung kalinya T.E.M memilih Dataran Sains sebagai tempat untuk dilaksankan aktiviti ini.Alhamdulillah komitmen ataupun minat yang ditunjukkan oleh mahasiswa dan mahasiswi untuk Tazkirah Corner ini amat menggalakan.

Tazkirah pada kali ini telah di sampaikan oleh Pengerusi Biro Kepimpinan,Kerohanian& Pembangunan Insan iaitu Sdr.Aizat Salleh.Belaiau sempat berkongsi dan memberikan sedikit peringatan berkaitan dengan surah al-'Asr:"Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan orang-orang beriman dan beramal soleh serta orang yang menyeru kepada kebenaran dan juga kesabaran".Kita perlu bersyukur pada Allah s.w.t kerana pada penghulu segala hari ini Allah s.w.t telah memilih kita orang-orang yang beriman untuk berkumpul pada hari ini bagi kita menyeru kepada kebenaran dan juga menyeru kita kepada kesabaran dalam melaksanakan perintah dan meninggalkan segala larangan Allah s.w.t.."peringatan yang diberikan oleh Sdr.Aizat"..

Kita mengharapkan dengan permulaan dan pendekatan baru yang diusahakan ini mampu untuk menarik minat mahasiswa untuk lebih mendekati dan memahami "idea faham Islam" yang sebenar.Tazkirah Corner yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk kita menunjukkan bahawa Islam ini bukan bersifat di surau atau masjid semata-mata tapi ajaran Islam ini harus di sampaikan di mana-mana pun.

InsyaAllah "Tazkirah Corner" ini akan dilaksanakan secara istiqamah dan kita mengharapkan komitmen dan sokongan bagi mahasiwa mahasiswi Universiti Malaya bagi bersama-sama kita menjadi orang yang cermerlang di dunia dan juga akhirat...
TAZKIRAH JUMAAT'S CORNER merupakan satu pendekatan baru yang diperkenalkan oleh Team Elit Muslim PMIUM di dalam memberikan kefahaman Islam yang sebenar kepada seluruh warga kampus.

InsyaAllah "Tazkirah Corner" ini akan dilaksanakan secara istiqamah dan kita mengharapkan komitmen dan sokongan bagi mahasiwa mahasiswi Universiti Malaya bagi bersama-sama kita menjadi orang yang cermerlang di dunia dan juga akhirat...


"Tazkirah Corner bersifat santai"


"khusyuk mahasiswa & mahasiswi mendegar tazkirah"


"siapa sahaja boleh bersama menyertai Tazkirah Jumaat's Corner"

0 comments:

Post a Comment