Assalamualaikum dan salam ramadhan pada rakan-rakan mahasiswa yang dirahmati dan dikasihi Allah s.w.t sekalian..
Alhamdulillah bersyukur pada Allah s.w.t di atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita semua..Bersyukur juga kepadaNya kerana memberikan kita peluang untuk beribadah di bulan ramadhan yang penuh dengan rahmat ini.Semoga ramadhan kali ini mampu untuk kita sama-sama mencapai nilai ketaqwaan di sisi Allah s.w.t sebagai firmanNya di dalam surah al-Baqarah ayat ke-183 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu BERTAQWA"Alhamdulillah bersyukur pada Allah s.w.t di atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita semua..Bersyukur juga kepadaNya kerana memberikan kita peluang untuk beribadah di bulan ramadhan yang penuh dengan rahmat ini.Semoga ramadhan kali ini mampu untuk kita sama-sama mencapai nilai ketaqwaan di sisi Allah s.w.t sebagai firmanNya di dalam surah al-Baqarah ayat ke-183 yang bermaksud:
Sempena bulan ramadhan pada kali ini,Team Elit Muslim dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam(PMAPIUM) telah mengadakan KEMPEN TAUBAT sepanjang minggu terakhir bulan ramadhan.Kempen ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengajar seluruh mahasiswa muslim terutamanya untuk mengambil peluang di bulan ini dengan membersihkan diri dari segala kotoran dosa dan maksiat dengan bertaubat kepada Allah s.w.t.
Selain itu,kempen ini juga bertujuan untuk memberikan kededaran kepada seluruh mahasiswa tentang kepentingan dan kewajipan bertaubat pada Allah s.w.t agar kita akan mendapat hati yang bersih sekaligus berusaha untuk mendapat jiwa yang benar0benar bertaqwa kepada Allah s.w.t.
Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan bagi menjayakan kempen ini.Antaranya ialah Tazkirah Corner,Ceramah Perdana,Flies Tazkirah,Banner Tazkirah berkaitan Taubat dan banyak lagi bentuk-bentuk aktiviti yang lebih kepada turun kepada mahasiswa.
Semoga kempen yang dilaksanakan ini mampu memberikan kesedaran kepada semua dab semoga kita akan berkekalan berada dalam naungan rahmat Allah s.w.t dan sekaligus mendapat kemenangan Jiwa Taqwa di penghujung ramadhan nanti..

0 comments:
Post a Comment