Riadhah Untuk Semua

Riadhah Untuk Semua

Program Makan Buah T.E.M

Program Makan Buah T.E.M

Tazkirah Padang

Tazkirah Padang

Ziarah Mesra PPUM

Ziarah Mesra PPUM

"Kami GENERASI HARAPAN masa DEPAN"

Tuesday, June 2, 2009


31 Mei 2009 08.30 a.m : Seramai 45 orang remaja dari Kelab Remaja Muslim Bandar Putri Klang telah menyertai "Bengkel Generasi Harapan" dengan jayanya.Bengkel ini adalah anjuran bersama TEM PMIUM,PMA dan Surau An-Nur Bandar Putri Klang.Bengkel ini sepenuhnya dilaksanakan di Akademi Pengajian Islam UM.

Peserta tiba di UM pada pukul 8.30a.m dan majlis dimulai dengan majlis perasmian.Ucapan mulakan oleh Ketua TEM Sdr.Zul Amirul seterusnya ucapan perasmian telah disampaikan oleh wakil Surau An-Nur En.Rozman.Aktiviti dimulai dengan ice-Breaking kemudian diikuti dua LDK dan diakhiri dengan Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh Sdr.Jowel.Majlis penutup yang berakhir pada pukul 3.30ptg diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta.

"Adik-adik diibaratkan sebagai satu mutiara yang sangat berharga adik dan setiap orang berharap ingin memilikinya.Oleh itu,adik-adik mesti berusaha untuk menjadi yang terbaik dari kalangan yang baik untuk agama, ibu bapa,masyarakat dan negara.Dekatkan diri pada Allah,patuh pada ibu bapa dan guru-guru serta jangan sekali-kali melakukan kemungkaran pada Allah s.w.t"..Ketua TEM..

"Mereka adalah generasi harapan agama yang perlu dididik agar mereka ini benar-benar dapat dibentuk menjadi generasi pimpinan al-Quran dan As-Sunnah"..Ibu Peserta..


"Peserta menyayikan lagu tema"

"Khusyuk mengingati Allah s.w.t"

"Ceramah Motivasi"


0 comments:

Post a Comment