Riadhah Untuk Semua

Riadhah Untuk Semua

Program Makan Buah T.E.M

Program Makan Buah T.E.M

Tazkirah Padang

Tazkirah Padang

Ziarah Mesra PPUM

Ziarah Mesra PPUM

AKIUM Sarankan Mahasiswa UM Menyertai T.E.M

Thursday, April 9, 2009


Allamdulillah syukur pada Allah s.w.t kerana dengan izin dan inayahNya memberikan keizinan dan ruang bagi kami menjayakan liqo' tertutup antara wakil AKIUM yang diwakili oleh Sdr.Faruqi selaku YDP AKIUM dan wakil T.E.M Sdr.Zul Amirul selaku Ketua T.E.M...

Majlis di mulakan dengan tazkirah yang di sampaikan oleh sdr.Zul Amirul dan di teruskan lagi dengan game dakwah yang di bimbing oleh sdr.Faruqi.
Dalam pertemuan ini,kami sempat berkongsi beberapa perkara yang berkaitan dengan gerakan Islah dan Dakwah di kampus serta membincangkan soal kepimpinan mahasiswa yang harus di bina.

Kami bersependapat yang mana untuk membentuk satu ketumbukan gerakan islah dan dakwah yang berkesan memerlukan Ilmu dan komitmen serta pengorbanan yang cukup-cukup tinggi dan juga memerlukan satu kesatuan yang mantap bagi mencapai matlamat dakwah yang sebenar.


Kami sangat-sangat berharap agar mahasiwa mula sedar tentang tanggungjawab sebenar mereka selaku hamba Allah s.w.t dan juga selaku khalifah di muka bumi ini bagi memakmurkan dan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini di samping tidak mengabaikan pembelajaran serta tanggungjawab mereka selaku seorang pelajar.

Bagi menjayakan tranformasi gerakan Islah dan Dakwah yang cuba di bawa oleh T.E.M pada kali ini,ia sangat memerlukan komitmen dan sokongan dari mahasiswa sekalian.Semoga dengan komitmen yang di beri ini akan menjadi salah satu ganjaran yang akan di bawa untuk bertemu dengan Allah s.w.t kelak...insyaAllah.

1 comments:

moja mojako said...

ait.. macam kenal jer laki yang pakai jubah hitam tu!!! lol :P

April 11, 2009 at 11:49 AM

Post a Comment