TEAM ELIT MUSLIM DEKATI SEMUA
Wednesday, July 14, 2010
Assalamualaikum saya ucapkan kepada seluruh mahasiswa Universiti Malaya dan selamat datang kepada adik-adik baru serta selamat kembali ke kampus bagi sahabat-sahabat semua.Pertama dan selama-lamanya,marilah sama-sama kita bersyukur pada Allah s.w.t kerana tidak pernah putus-putus walaupun sesaat dalam memberikan kita nikmatNya yang tidak terhitung nilainya.Nikmat ISLAM merupakan anugerah terbesar yang telah Allah kurniakan
kepada hamba-hamba yang di pilih olehNya.Semoga kita semua termasuk di dalam golongan mereka yang bersyukur dan beriman pada Allah s.w.t.
Pada sidang kali ini, saya ingin mengambil peluang untuk memperkenalkan Team Elit Muslim pada adik-adik baru secara khususnya dan kepada rakan-rakan yang lain secara umumnya. Team Elit Muslim atau T.E.M merupakan satu badan dakwah yang berperanan di dalam memberikan kefahaman ISLAM kepada seluruh warga kampus tidak kira sama ada ia melayu, cina, india dan sebagainya.
Pelbagai agenda ummah dan agenda dakwah yang akan dilaksnakan melalui T.E.M di bumi perdana ini bagi memastikan seluruh warga kampus mendapat rahmat dan berkat dari Allah s.w.t dengan melaksanakan amar ma’ruf dan mencegah kemungkaran dengan penuh berhikmah.
Saya ingin mengajak dan amat mengalu-alukan adik-adik semua agar kita bersama-sama menghidupkan cara hidup islam yang syumul bagi memastikan kita semua akan sentiasa mendapat rahmat dan berkat dari Allah s.w.t.
Dengan tema terbaru Team Elit Muslim iaitu “ T.E.M dekati SEMUA” pelbagai aktiviti yang akan kita laksanakan di kampus ini bagi memastikan seluruh warga kampus merasai kesejukkan ketenangan dengan pengisian rohani,jiwa dan mental yang akan kita sediakan. T.E.M juga akan menampilankan pembaharuan bagi aktiviti-aktiviti yang lepas seperti Riadah Untuk Semua(RUS), Tazkirah Corner(TC), Ziarah Mesra(ZM), Tazkirah Padang(TP) dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang akan di ubahsuai bagi menarik minat warga kampus menyertainya.
Dan yang TERBARU, pada sesi ini T.E.M membuat satu kelaianan untuk warga kampus dengan memperkenalkan “AKADEMI MUSLIM PROFESIONAL (AMP)” yang akan meledak pada 2010 ini. Saya tidak akan memperincikan tentang AMP pada sidang kali ini tetapi saya amat mengalukan rakan-rakan semua untuk menyertai AMP ini yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Saya rasa cukup sekadar ini sahaja buat sidang kali ini.Semoga usaha yang sedikit ini akan sentiasa mendapat rahmat dan berkat dari Allah s.w.t. Akhir kalam sekali lagi saya ucapakan tahniah dan selamat dating kepada adik-adik semua serta semoga Berjaya menjadi mahasiswa yang cemerlang di dunia dan akhirat..insyaAllah..
Nukilan khas dari,
MOHD ZUL AMIRUL IZWAN B. MAT DERASIH
Ketua Team Elit Muslim
CANTIKAN DIRIMU WAHAI DAIE : Bhgn 3
In perjuanganTuesday, April 20, 2010
Kehidupan seorang daie pastilah sangat jauh berbeza dengan kehidupan orang lain.Mereka telah meletakan tujuan hidup mereka semata-mata ingin mengejar keredhaan Allah s.w.t semata-mata. Mereka sedar bahwa dengan melibatkan diri mereka sebagai mata-mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w seorang daie tidak akan terlepas dari mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi.
Seperti mana Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda berdepan dengan segala ujian onak dan duri begitu jualah seorang daie akan berhadapan dengan pelbagai ujian yang tidak akan mereka sangka-sangkakan.Rasulullah s.a.w dan para sahabat telah banyak diuji di medan jihad sehinggakn Baginda s.a.w sendiri merasai kepayahan dan kesakitan dalam hendak menyebarkan risalah Allah s.w.t.
Ujian yang Allah datangkan bukanlah bertujuan untuk menyusahkan hamba-hambanya yang beriman dan pejuang-pejuang di jalanNya tetapi adalah untuk memastikan hamba-hambanya benar-benar beriman kepadaNya bukan sekadar keimanannya di ucapkan melalui perkataannya semata-mata.
"apakah manusia mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "kami telah beriman",sedang mereka tidak diuji lagi?"...(al-ankabut:2)
Ustaz Fathi Yakan di dalam kitabnya yang bertajuk "Bahtera Penyelamat" telah memberikan pesanan kepada para daie agar mempersiapkan dirinya sehabis baik agar dia mampu untuk berhadapan dengan lima ujian yang sangat besar. Ujian yang disebutkan olehnya adalah para daie ini akan berhadapan dengan :
1. Mukmim yang dengki padanya.
2. Munafik yang benci padanya.
3. Kafir yang sentiasa memeranginya.
4. Syaitan yang berusaha menyesatkannya.
5. Nafsu yang mengodanya untuk berpaling dari keiman pada Allah.
Ya memang benar, bukan mudah untuk berhadapan dengan lima ujjian ini tidak semudah seperti yang kit sangkakan melalui akal fikiran kita.Kesusahannya akan kita rasai apabila kita sendiri yang benar-benar berhadpan dengan ujian-ujian ini.
Sangat menarik analogi yang mengambarkan bahwa kehidupan seorang daie seperti belayar di atas sebuah bahtera melalui lautan yang terbentang luas. Keadaan air laut pastilah berubah mengikut keadaan tertentu,kadang kala ombaknya menjunam tinggi, kadang-kadang airnya tenang dan kadang-kadang mungkin tsunami juga akan melada lautan.
Oleh itu, bekalan yang lengkap perlulah disediakan oleh seorang daie yang belayar dilautan yang penuh dengan tanda tanya keadaannya agar bahtera yang dinaikinya tidak akan karam ditelan lautan ganas dan akan terus belayar sampai ke destinasinya.Antara persiapan yang perlu daie sediakan adalah :
1. Mengenal Allah.
2. Menjadikan setiap tindakanmu adalah ibadah.
3. Sentiasa berzikir pada Allah s.w.t.
4. Takut pada Allah s.w.t.
5. Mencintai Allah.
6. Mencintai Rasulullah.
7. Redha di atas setiap ketentuan Allah.
8. Pergantungan hanya pada Allah.
9. Mengharapkan kebahgian hari akhirat.
10. Memiliki ilmu pengetahuan yang luas.
Dengan bekalan-bekalan yang disiapkan ini sudah pasti melahirkan daie yang kental berhadapan dengan sebarang mehnah dan tribulasi serta istiqamah di medan jihad sehingga mereka mendapat kemenang ataupun gugur syahid.
Duduk bangunmu tidak seperti orang lain,
Kau memang berbeza wahai daie,
Kau memang luar biasa,
Hidupmu telah kau berikan sepenuhnya untuk Allah dan Rasul..
Biar susah biarlah sakit,
Kau gagah belayar jua,
Terpahat padu di dalam jiwamu,
Hanya mengharapkan syahid di jalan Allah..
Ujian demi ujian silih berganti,
Tidak pernah berhenti Allah mendidikmu wahai daie,
Biarlah kau menderita susah dan sakit di dunia,
Tapi bahagia di akhirat sana...
Jiwa yang kental kau persiapkan,
Berjuang berjihad penuh keimanan,
Tidak lentur tidak berubah,
Ombak tsunami kau layari..
Jikalau tulang-tulang kau masih berguna,
Ambilah ia di buat senjata,
Tidak akan tinggal walaupun sebesar kuman,
Dirimu wahai daie hanya untuk Allah dan Rasul..
Janji Allah pasti untukmu wahai daie,
Bidadari yang cantik sabar menanti,
Segala susah dan sakitmu di dunia,
Terubat dengan melihat Allah di syurga...
CANTIKAN DIRIMU WAHAI DAIE : Bhgn 2
In perjuanganKeadaan sebigini menampakan kejahilan dan kelalaian umat terhadap agama menjadikan sendi-sendi agama semakin rapuh dan pilar-pilarnya semakin goyah. Situasi ini menjadikan musuh-musuh islam bertepuk tangan dan menjadikannya sebagai peluang emas untuk merealisasikan maksud dan tujuan mereka sebagaimana yang telah dikhabarkan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran.
DAIE YANG MEMIMPIN
Allah s.w.t telah memberikan amanah kepada hambaNya untuk memimpin (khalifah) agar kemakmuran dan keharmonian dunia ini dapat dijaga dengan mengikuti segala syariat yang telah ditetapkan olehNya.
DIA mengetahui bahwa pasti berlaku kerosakan di muka bumi ini yang dilakukan oleh hamba-hambanya yang berpaling dari syariatNya. Manusia yang jahil dan lalai pasti berterusan melakukan kemungkaran dan kerosakan di muka bumi ini. Oleh itu, Allah s.w.t memerintahkan kepada hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa agar memimpin umat bagi mengembalikan mereka ke pangkuan jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.
"sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi"..(al-Baqarah : 30)
kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah dari mungkar, dan beriman kepada Allah"..(al-Imran :110)
Rasulullah s.a.w telah menunjukan tauladan yang cukup baik kepada umatnya dalam memimpin. Kepimpinan yang hebat dari Rasulullah s.a.w telah menyelamatkan umat dari pada kegelapan dan membawa mereka kepada cahaya kebenaran dengan mengembalikan mereka kepada Pencipta yang Maha Esa. Rasulullah s.a.w diutuskan sebagai Rasul bagi menyelamatkan manusia dari jurang neraka dengan membawa mereka kepada nikmat syurga. Rasulullah s.a.w memipin umatnya agar melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dan perkara mungkar yang merosakan umat.
Amanah memimpin bukanlah berakhir pada batang tubuh Rasulullah s.a.w semata-mata, tetapi ia juga adalah merupakan amanah kepada umatnya yang beriman pada Allah dan Rasul. Setiap umat Baginda perlulah menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w dalam misi menyelamatkan ummah dengan memimpin.
Untuk berdepan dengan cabaran dan rintangan yang kuat di era globalisasi ini seorang daie yang memimpin perlulah mempersiapkan diri secukupnya agar ia kuat untuk berdepan dengan sebarang bentuk mehnah dan tribulasi.
Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang daie yang memimpin :
1. BERDIKARI
2.MENEPATI DAN JUJUR PADA WAKTU
kata-kata Syeikh Hassan al-banna':"amanah yang kamu pikul adalah lebih banyak daripada masa yang kamu ada".
3. MENYELESAIKAN MASALAH BERSAMA
4. SENTIASA MEMPERBAIKI DIRI
5.SENTIASA MENCARI KEBERKATAN
6.SENTIASA BERDISIPLIN SETIAP WAKTU
7.SENTIASA BESEMANGAT & CERIA.
8.BERTANGGUNGJAWAB DALAM BERORGANISASI.
9.SENTIASA BERSANGKA BAIK dalam setiap perkara dan keadaan.
10.SENTIASA BERMAAF-MAAFAN sekiranya ada sebarang perselisihan yang berlaku.
11. SENTIASA MENGHORMATI ORANG LAIN.
12.MENERIMA TEGURAN DENGAN BERLAPANG
13.SENTIASA BERSEDIA UNTUK BERSIKAP POSITIF
14. SENTIASA DOA-MENDOAKAN
15.SENTIASA MENDIDIK HATINYA IKHLAS
Cabaran di dalam memimpin ummah bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia berhadapan dengan masyarakat yang jahil serta menolak agama Allah s.w.t. Kebijaksanaan dan persiapan yang mantap yang ada pada diri seorang daie yang memimpin pasti akan menjadikannya seorang pemimpin yang hebat dan mampu berdepan dengan sebarang bentuk mehnah dan tribulasi.
CANTIKAN DIRIMU WAHAI DAIE : Bhgn 1
In perjuanganSeorang daie pasti jelas matlamat hidupnya di dunia ini. Allah tidak menciptakan dirinya hanya untuk bermain-main sahaja tetapi mempunyai matlamat yang perlu diusahakannya agar tujuan Allah menciptakan dirinya di dunia ini dapat dicapai olehnya.
"Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu untuk bermain-main(sahaja) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami"..(al-mukminun:115-116)
Daie sentiasa sedar bahwa segala yang ia miliki adalah bukan kepunyaannya semata-mata tetapi dia sedar semua adalah pinjaman dari Allah s.w.t kepadanya agar di mampu menjalankan amanah yang Allah berikan kepadanya dengan sebaik mungkin dengan hati yang penuh tawadu' dan ikhlas.Dengan menyedari semuanya adalah milik Allah s.w.t seorang daie pasti akan berusaha untuk menjadi hamba yang benar-benar bersyukur di atas segala nikmat kurnian Allah s.w.t.
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Ia memberi kepadamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur"..(an-Nahl:78
)
Dengan menyedari hakikat dirinya sebagai seorang hamba yang lemah dan hina, seorang daie harus meletakkan semua pergantungannya adalah membulat hanya pada Allah s.w.t. Keyakinan yang lahir dari pergantungannya semata-mata pada Allah s.w.t akan membuatkan dirinya sentiasa taat dan patuh pada Allah s.w.t.Dia yakin bahwa setiap tindakan dan amalannya pasti akan dihitung dan ada ganjarannya di sisi Allah s.w.t.
"Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka"..(asy-Syuura:7)
Seorang daie pasti akan sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah s.w.t agar dia benar-benar menjadi hamba yang bersyukur dan beriman pada penciptaNya.Daie akan sentiasa memastikan dirinya menjadi hamba yang beruntung di sisi yang Maha Pencipta dengan dia menjaga hatinya dengan Allah s.w.t.
"Dan jiwa serta penyempurnaannya maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan.Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorkannya"..(asy-syams : 7-10)
Seorang daie tidak sama sekali akan melakukan kemaksiatan pada Allah s.w.t dan mengotori diri dan jiwanya dengan hasutan hawa nafsu yang sentiasa menggoda dirinya untuk melakukan kemungkaran pada Allah s.w.t.Dia akan menjaga hatinya agar sentiasa ikhlas pada Allah s.w.t dan menjauhkan dirinya dari sebarang kepentingan selain dari mengharapkan kerdhaan Allah semata-mata.
Untuk memastikan hubungan dirinya dengan Allah s.w.t terjaga seorang daie akan mendidik dirinya agar :
1. sentiasa mengabdikan diri hanya pada Allah s.w.t semata-mata,tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.
"dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan seorang rasul kepada tiap2 umat(untuk menyerukan) sembahlah Allah sahaja dan jauhilah thoghot itu"..(an-Nahl : 36 )
2. sentiasa takut kepada Allah semata-mata dan tidak takut selaian dari Allah.
"sesungguhnya orang-orang yang takut pada Tuhannya yang tidak nampak oleh mereka, merekan akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar"..(al-Mulk: 12 )
3.sentiasa mengingati Allah dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah.
"orang2 beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, hanya mengingati Allah hati akan menjadi tenteram"..(ar-Ra'd :28)
4. sentiasa mencintai Allah dengan kecintaan yang menyebabkan hatinya sentiasa merindui Allah dan sentiasa bergantung kepadaNya serta mendorong dirinya sentiasa melakukan kebajikan, berkorban dan berjihad pada jalan Allah.
" katakanlah jika bapa-bapa,anak-anak,saudara-suadara,isteri-isteri,kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan rasulNya dan dari berjihad di jalanNya maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya.Allah tidak memberi pimpinan kepada orang2 yang fasik"..(at-Taubah :24)
5. sentiasa dalam keadaan bermuqabah terhadap Allah,dalam keadaan terang mahupun tersembunyi.
Dengan melakukan perkara-perkara di atas ini pasti hubungan daie dengan Penciptannya akan terjaga dengan baik.
disediakan oleh :
Ketua T.E.M
Aku Umat Rasulullah
Saturday, March 6, 2010
OPEN YOUR EYES
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..
JOM! Mahasiswa hindari maksiat.
Wednesday, February 17, 2010
Seorang mahasiswi merungut...
saya tidak percaya sama sekali kepada Allah kerana dahulunya saya menunaikan segala ibadah solat, puasa dan sebagainya namun doa saya tidak pula dimakbulkan. Kenapa Allah tidak mendengar permintaan saya jika benar Dia MAHA MENDENGAR, MAHA PENYAYANG dan sebagainya?
Seorang kawannya pula mencelah...
Saya tidak berasa ingin bertaubat atas maksiat zina yang pernah saya lakukan.. kerana saya tahu maksiat tu akan saya lakukan lagi...
Anda lihat bagaimana fenomena ini berlaku secara meluas dalam masyarakat kita khususnya dikampus. Secara tidak sedar, kita telah menolak hukum dan ketetapan Allah swt ke atas diri kita yang lemah ini. Allah itu Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan doa hambaNya, di saat seorang hambaNya berdoa, tiada satu doa pun yang tidak didengariNya namun kerana kasih-sayang Allah swt ada doa yang tidak bisa dimakbulkan seawalnya kerana sifatNya yang MAHA MENGETAHUI akan segala ketetapan yang akan berlaku nanti... Manfaatnya lebih jelas.. Sebagai individu Muslim, adalah menjadi kewajipan ke atas kita mengenal, mendalami dan berpegang secara penuh syariat yang telah menjadi penetapan oleh Allah swt.
Oleh kerana itu, TEAM ELIT MUSLIM mengajak mahasiswa untuk bersama-sama kenal.faham dan berpegang dengan hukum Allah. Bantulah rakan-rakan mahasiswa untuk kembali kepada Islam yang sebenar.
kerana...
KITA ADALAH AGEN ISLAM~
KITA ADALAH DAIE~
Mahasiswa bebas maksiat.
Salam perjuangan! ^_^
T.E.M :Anjur Forum Intelek untuk Memberikan kefahaman kepimpinan secara adil
Thursday, January 14, 2010
Semua warga kampus UM tidak kira sesiapapun ia dijemput hadir bagi menjayakan forum yang dianjurkan ini.Kita mengharapkan dengan penganjuran forum bersifat intelek ini berjaya mengubah persepsi-persepsi negatif terhadap kefahaman yang berkaitan dengan kepimpinan itu sendiri.
Hadirin yang hadir akan diberi peluang untuk memberikan pandangan mahupun melontarkan persoalan kepada ahli panel bagi mendapatkan penghujahan yang tepat terhadap soal kepimpinan ini.Kita menjemput wakil dari Pro-Mahasiswa dan juga wakil Penggerak Mahasiswa untuk menjadi panel bagi forum ini yang akan dimoderatorkan oleh Ketua T.E.M.
Semua dijemput hadir beramai-ramai...