Riadhah Untuk Semua

Riadhah Untuk Semua

Program Makan Buah T.E.M

Program Makan Buah T.E.M

Tazkirah Padang

Tazkirah Padang

Ziarah Mesra PPUM

Ziarah Mesra PPUM

Aku Umat Rasulullah

Saturday, March 6, 2010













Aku sedar apa yang aku perolehi sekarang ini semuanya datang dari Allah s.w.t.Semuanya MILIK Allah.Aku sihat dengan izinNYa,aku bernafas dengan izinNya,aku sakit dengan izinNya,aku kenyang juga dengan izinNya dan semua yang aku perolehi dan yang dapat aku lakukan semuanya adalah dengan izin dan ketentuan dariNya.

Sesungguhnya sangat rugilah diriku ini tidak mengikuti segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya kerna dunia ini milik DIA dan akhirat juga milik DIA.Sekiranya aku inginkan kebahgian di dunia dan di akhirat maka aku perlu minta pada pemiliknya yakni Allah s.w.t.

Tapi aku sebenarnya hanya banyak berkata-kata sahaja tapi banyak yang tidak dapat aku laksanakannya.Bila Allah uji aku dengan kesenangan dan keburukan aku mula jauh dariNya.Walaupun aku diberikan kefahaman oleh Allah s.w.t tentang hakikat sebenar kehidupan seorang hambaNya tapi aku mudah lalai dengan dunia yang penuh dengan fana ini.

Aku juga sering laungkan aku CINTA pada Rasulullah s.a.w tapi tidak pernah pun aku berusaha untuk benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w.Aku tidak merasai dan menyelami betapa pedih dan peritnya perjuangan Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan risalah Islam ni kepada umatnya sehinggakan Rasululllah sanggup menempuh segala halangan dan dugaan semata-mata inginkan Islam samapai kepada semua.

Tapi bila Islam datang pada aku dalam keadaan Islam telah sempurna aku mensia-siakan nikmat Islam yang sangat besar di sisi Allah s.w.t ini.Aku mensia-siakan perit jerih Rasulullah s.a.w.Lebih teruk lagi ialah aku sangat jarang berselawat pada Rasulullah s.a.w sedangkan aku kata aku CINTA padanya.Aku jarang untuk menghidupkan sunnahnya sedangkan aku mengakui akulah umatnya.Aku tidak meletakkan diri kau ini sebagai penyambung mata-mta rantai perjuangan Rasulullah s.a.w sedangkan aku mengharapkan syafaat Baginda di akhirat kelak.Dan paling aku malu pada diri aku ini ialah aku masih lagi banyak melakukan maksiat sedangkan dalam masa yang sama aku mengakui baha aku ini beriman pada Allah dan Rasul.

"Ya Allah ampunkan segala dosaku ini.Berikan aku hidayah dan kekuatan untuk menjadi hambaMu yang benar-benar beriman padaMu dan Rasulullah s.a.w.Masukkan lah roh-roh perjuang dalam diriku ini agar aku menjadi salah seorang mata-mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w yang IKHLAS padaMu"

Ya Rasulullah maafkan umatmu yang lalai ini.Aku telah melupai wasiat terakhirmu untuk aku laksanakan.Mulai saat ini dengan bersaksikan makhluk ciptaan Allah s.w.t aku berjanji pada diriku untuk berusaha untuk melaksanakan segala wasiatmu ya Rasulullah dengan hati yang penuh ikhlas.

WASIAT RASULULLAH S.A.W semasa KHUTTBAH terakhir Baginda:

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.



0 comments:

Post a Comment